Selebriti dan usahawan, Neelofa merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, selain bergelar pelakon malah dia cukup terkenal sebagai usahawan wanita yang mencetuskan inspirasi buat peminat diluar sana.
Apatah lagi, dengan sikap baiknya juga membuatkan Neelofa sering mendapat perhatian sekali gus disenangi orang ramai. Menerusi perkembangan terbaru, Neelofa melalui temu bual di rancangan Melodi meraih perhatian umum.
Dalam pada masa yang sama, pengacara rancangan Next to Neelofa ini sekali lagi membuatkan kejayaannya menjadi inspirasi apabila dia mengadakan ibadah kurban dan berkongsi perasaannya itu.
Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian juga Neelofa dilihat tidak terkecuali untuk menjawab gosip ‘cinta’ mengenai dirinya bersama PU Riz apabila tular tentang mereka dilaman sosial.
Namun begitu, ujar Neelofa bahawa dia sudah lama mengenali dengan PU Riz malah banyak program dilakukan bersama tetapi ketika itu tidak terlalu besar diperkatakan.
Biarpun begitu, Neelofa akui bahawa dirinya sering digosipkan dengan beberapa selebriti lain apabila membuat gandingan bersama malah pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak juga pernah digosipkan bersama.
“Doakan saya…”
Neelofa bagaimanapun meminta agar mendoakan dirinya dan dalam pada itu, melalui ruangan komen di Youtube, rata-rata warganet meninggalkan reaksi memuji sikap Neelofa.
“Sukanya dengar dia…”
“Best la jawapan-jawapan Neelofa…”
“Bagus… inspirasi yang betul”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Dig0sip dengan Zizan & PU Riz, respon Neelofa dipuji warganet- “Sukanya dengar…”"