Sering Disangka Bekerja Berdua, Netizen Terkejut Bila Lihat Belakang Tabir Video ‘Jungle Survival’

Jika anda merupakan salah seorang yang menonton video ‘Jungle Survival’ di YouTube sebelum ini, sudah pasti anda sering tertanya-tanya bagaimana video tersebut sebenarnya dihasilkan.

Walaupun mungkin ramai yang mengagak ianya dihasilkan oleh seorang jurukamera dan dua lelaki yang bekerja membina pondok dan kolam renang sebelum ini, namun sebenarnya ia adalah lebih daripada itu

Perkara itu mula menjadi buah mulut dalam kalangan netizen minggu ini apabila mereka mula berkongsikan apa yang boleh dikatakan sebagai ‘di belakang tabir’ pasukan yang menghasilkan video tersebut di beberapa platform media sosial.

Saya kana tipu hidup2 oleh diorang ne….Saya fikir dua org saja rupanya Banyak crew 🤣🤣 silaka betul…🤣🤣rupanya…

Posted by Enley Wong on Monday, July 27, 2020

Berbeza dengan sangkaan orang ramai yang video-video itu dihasilkan kumpulan kecil, gambar-gambar yang dikongsikan di sosial media menunjukkan sebaliknya.

Gambar-gambar itu dipercayai mula dikongsikan selepas terdapat gambar pasukan yang menghasilkan video tersebut bersama pencapaian Gold Play Button daripada YouTube mula tular sebelum ini.

Dibina berkumpulan bukan berdua

khout sokha 1

PASUKAN JUNGLE SURVIVOR KETIKA MENERIMA ANUGERAH DARIPADA YOUTUBE (SUMBER GAMBAR: MEDIA SOSIAL)

Walaupun tiada laporan dan temubual yang dilakukan kumpulan itu, namun gambar-gambar yang menunjukkan mereka sebenarnya adalah kumpulan besar mengejutkan ramai netizen.

Bukan sahaja ramai, malah beberapa gambar yang mula dikongsikan juga memberi bayangan mereka kelihatan seperti menghasilkan binaan itu dengan lebih daripada dua orang.

78338112_2255798021385005_4001359083922784256_o

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas dan menceritakan dengan terperinci bagaimana video-video tersebut dihasilkan, namun sudah pastinya ianya adalah sesuatu yang baru untuk kita mengetahui mereka sebenarnya bekerja secara kumpulan yang besar.

Ini kerana jika dilihat dalam video-video mereka yang dimuat naik sebelum ini, binaan-binaan yang dihasilkan kelihatan seperti hanya dilakukan oleh dua orang sahaja. Namun gambar-gambar yang tular ini memberikan kita bayangan sebenar bagaimana ianya dihasilkan.

Jika anda belum pernah menonton video-video yang dihasilkan mereka sebelum ini, anda boleh menontonnya di pautan di bawah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Vocket

Be the first to comment on "Sering Disangka Bekerja Berdua, Netizen Terkejut Bila Lihat Belakang Tabir Video ‘Jungle Survival’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*