Selepas Didakwa Ada Hubungan Dgn Engku Emran, Akaun IG Wanita Ini Tiba2 Hilang

Teka-teki status rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon popular Indonesia itu mengesahkan bahawa mereka sudah pun bercer4i selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu dimaklumkan oleh Laudyaimenerusi satu program. Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

 

“Berkaitan laporan berita ketika ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahawa kami sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baiik.

“Sudah berbagai upaya kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini dan sudah segala proses kami lalui, saat ini semuanya sudah selesai,” ujarnya.

Meskipun berdepan dengan pengalaman pahit, bagaimanapun Laudya berkata dia reda di atas apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupannya. Laudya juga percaya ada hikmah tersembunyi disebalik perceraian itu.

“Dua tahun dia menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.

“Insyaallah hikmah, pembelajaran, semua yang saya dapat ini boleh saya jadikan bekal, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang Insyaallah jauh lebih baik lagi,” katanya.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. Terdahulu, rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian apabila Laudya memadam semua gambar bersama suaminya di Instagram.

Akaun IG Wanita Ini Tiba2 Hilang

Rata-rata pembaca sudah mengetahui bahawa Engku Emran secara rasmi telah kembali bergelar duda selepas bercer4i dengan Laudya Cynthia Bella. Selepas bercerai, muncul pula gosip di mana Emran akrab dengan seorang wanita cantik bernama Atikah. 1su ini timbul setelah kedua-duanya dilihat berbasikal bersama baru-baru ini.

Menurut tinjauan di Instagram, kedekatan mereka berdua menimbulkan banyak spekulasi dari netizen. Namun setelah hal ini menjadi perdebatan, akaun Instagram Atikah tiba-tiba hilang. Jadi apa sebenarnya yang sedang berlaku ya?

Jika anda mengikuti Instagram Emran, bapa kepada Engku Aleesya ini menyibukkan diri dengan sukan berbasikal. Emran dan rakan-rakannya sering menjelajah pelbagai lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur dengan berbasikal. Tetapi akhir-akhir ini ada seorang wanita yang juga ahli kumpulan basikal yang mencvri perhatian.

Wanita itu bernama Atikah atau nama sebenarnya Atikah Abu Bakar itu. Berita ini muncul setelah Emran meletakkan tags akaun Atikah, @atikashburn ke dalam muat naik Instagramnya.

Posting itu segera menarik perhatian orang ramai dan banyak yang membuat spekulasi bahawa Emran dan Atikah menjalin hubungan yang istimewa. Ada juga tuduhan yang mengatakan Atikah sebagai orang ketiga di sebalik perpisahan Emran dan Laudya Cynthia Bella.

Akaun Instagram Atikah Hilang

Ketika berita ini menjadi sebutan peminat, tiba-tiba akaun Instagram Atikah hilang. Setelah dicari, akaun Atikah tidak dijumpai lagi. Namun tidak diketahui sebenarnya mengapa Atikah memadamkan Instagramnya.

Walaubagaimanapun, Emran dan Atikah tidak pernah bersuara menjelaskan hubungan mereka. Jadi apa pendapat anda mengenai hubungan antara Emran dan Atikah? Mungkin sekadar kawan biasa je tu..

Erra Fazira Akui Tahu Masalah Rumah Tangga Bekas Suami

Spekulasi pergolakan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon Indonesia itu mengesahkan bahawa mereka sudah pun bercer4i selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Enggan mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya itu, Erra Fazira berkata dia mengetahui akan hal berlaku tetapi tidaklah secara mendalam. Ujarnya, selagi mereka tidak buka mulut, dia juga tidak akan buat perkara sama.

 

“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.

“Tipulah kalau saya tak tahu mengenai pergoalan yang berlaku sedikit sebanyak, tetapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu. Saya tak korek pun, hanya tahu cerita dasar,” katanya kepada Media Hiburan.

Erra berkata dia dan Laudya ada berhubung tetapi hal yang dikongsikan juga tidaklah terlalu terperinci. Ujarnya, tiada siapa yang mahukan perceraian dan mereka itu sudah melakukan yang terbaik.

“Sebagai wanita kami ada berbicara menerusi teks, tapi hanya perkara-perkara umum sahaja tidak begitu terperinci. Bella juga tidak bercerita lebih kepada saya.

“Saya pun wanita dan ada beri semangat kepadanya. Tiada siapa yang mahukan percer4ian, saya pun pasti Bella dan bekas suami pun begitu. Mereka dah cuba tapi itulah ketentuannya,” katanya.

Terdahulu, Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

Meskipun berdepan dengan pengalaman pahit, Laudya berkata dia reda di atas apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupannya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber: murai.my

Be the first to comment on "Selepas Didakwa Ada Hubungan Dgn Engku Emran, Akaun IG Wanita Ini Tiba2 Hilang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*