Kluster Sivagangga: Lepas Budak Sekolah, Kini Dua Anak Kecil Umur 2 Tahun Pula Dij4ngkiti Cov1d-19

Sekarang ni, salah satu kluster Cov1d-19 paling aktif di Malaysia adalah Kluster Sivagangga di Kedah. Ia dikesan selepas pemilik kedai nasi kandar di Napoh melanggar arahan kuarantin selepas pulang dari India pada 13 Julai.

Kalau korang nak tahu, j4ngkitan dari kluster ni dah mereb4k hingga ke generasi kedua di mana beberapa pelanggan dari kedai ini yang terj4ngkit telah menj4ngkiti ahli keluarga mereka yang lain.

Ini termasuklah empat kanak-kanak berusia dari dua ke 10 tahun.

Sumber: CNA

Satu budak lelaki berusia dua tahun dan abangnya yang berusia 10 tahun telah dijangkiti Cov1d-19 dari atuk mereka selepas atuknya itu makan di kedai nasi kandar tersebut. KKM melaporkan, lelaki itu turut menj4ngkiti isteri dan anak perempuannya.

Manakala dua kanak-kanak lain pula berusia dua dan tujuh tahun, dorang mendapat j4ngkitan ini dari bapa mereka yang juga pelanggan di kedai itu. Lelaki ini turut menj4ngkiti isteri dan empat ahli keluarganya serta seorang rakan sekerja.

Semalam, Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mendedahkan dalam sidang media semalam yang kedai nasi kandar ini tak menggunakan aplikasi MySejahtera mahu pun tulis nama-nama pelanggan.

Sehingga 3 Ogos, 21 orang dari Kluster Sivagangga telah disahkan pos1tif Cov1d-19. Oleh itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah umumkan yang empat pentadbiran di Kedah akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam.

Empat kawasan yang terkesan adalah:

  • Kawasan dalam linkungan 1km dari Nasi Kandar Saleh, Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu
  • Kampung Pida 1, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu)
  • Kampung Bendang Dalam, Bukit Binjal, Kubang Pasu
  • Kampung Ulu, Padang Sanai, Padang Terap

PKPD ini akan dijalankan dari 3-20 Ogos dan tempat-tempat ini perlu mengikuti SOP yang ditetapkan beserta sekatan jalanan di setiap tempat masuk dan keluar. Manakala jalan besar pula akan ditutup sepenuhnya.

Seramai 7,000 orang di kawasan-kawasan ini perlu membuat saringan serta masjid, tempat ibadah yang lain, sekolah dan tadika juga perlu ditutup.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Lobak Merah/Transformasi

 

 

Be the first to comment on "Kluster Sivagangga: Lepas Budak Sekolah, Kini Dua Anak Kecil Umur 2 Tahun Pula Dij4ngkiti Cov1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*