Pereka Fesyen Sentap Pelakon Wanita Jual Mahal… “Lofa Pun Tak Kekwat Macam Dia”

Pereka fesyen Rico Rinaldi terkilan dengan sikap sombong pelakon yang menolak pelawaan untuk menjadi wajah rasminya sempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2021.

d3dah Rico, pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya dengan angkuh dan menegaskan hanya mengambil tawaran untuk jenama antarabangsa sahaja.

“Setiap tahun saya akan mencari wajah untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri dan saya ada berkenan dengan seorang pelakon ini.

“Memang sekarang banyak pereka antarabangsa mengambil dia untuk reviu barangan tetapi tidak pula melantiknya sebagai duta atau wajah rasmi.

“Sembang punya sembang dia acah-acah tak kenal siapa muse saya sebelum ini dan dia tolak pelawaan saya dengan menegaskan hanya menerima tawaran daripada jenama antarabangsa sahaja,” katanya kepada Gempak.

Rico yang sebelum ini pernah berkerjasama dengan selebriti popular tanah air seperti Neelofa, Daiyan Trisha, Ameera Khan, Syafiq Kyle dan Mirafilzah akui terkesan dengan cara pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya.

“Mungkin dia nak jaga branding dan nama jadi hanya pilih jenama antarabangsa saja walaupun sebelum ini ada berkerjasama dengan pereka tempatan.

“Benda boleh bincang dan tolak secra baik. Tak payah nak rendahkan standard jenama tempatan.

“Artis sehebat Lofa (Neelofa) pun masih sokong jenama tempatan dan tak kekwat,” tambahnya.

Menerusi kemaskini akaun media sosial Rico yang sudah dipadamkan, pelakon wanita yang kini aktif menjadi selebriti media sosial itu menjawabnya dengan ayat berbunyi; ‘Sorry I tak buat job untuk local designer, I selalu buat oversea’.

Rico bagaimanapun cuba bersangka baik dan menganggap pelakon itu terlalu sibuk untuk berbincang dengannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Pereka Fesyen Sentap Pelakon Wanita Jual Mahal… “Lofa Pun Tak Kekwat Macam Dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*