Amira Othman Kongsi Rahsia Akrab Dengan Adik-Beradik

Penyanyi dan pelakon Amira Othman mend3dahkan banyak menerima kiriman mesej yang ingin mengetahui bagaimana dia rapat dengan adik-beradiknya.

Menurut Amira, ibu dan ayahnya tidak pernah membandingkan dalam kalangan mereka.

“Tak pernah bandingkan anak-anak anda. Ma abah saya takkan bandingkan anak-anak.

“Saya ingat lagi dulu abah cakap. Allah Maha Adil. Dia akan bagi anak-anak ada kurang ada lebih.

“Kalau sorang lebih kat belajar, ada sorang lebih pada bakat atau kemahiran. Sorang tak minat sangat belajar, sorang lagi belajar sampai tak tidur.

“Jadi takkan paksa kami atau banding kami sesama lain. Apa yang kami minat dia akan setuju dengan syarat, buat lah sunguh-sungguh. Sampai jadi!” tulisnya di Instagram Stories.

Amira merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik dan salah seorangnya adalah penyanyi Irfan Haris.

Dalam pada itu, pelantun lagu Jaga-Jaga akui tidak pernah timbul perasaan iri hati kerana mereka percaya dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.

“Bila kami tak dibanding-bandingkan, kami takda rasa iri hati antara satu sama lain.

“Pada kami, apa yang adik-beradik lain lebih adalah rezeki. Kami semua ada rezeki masing-masing yang Allah akan bagi,” tulisnya lagi. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Amira Othman Kongsi Rahsia Akrab Dengan Adik-Beradik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*