Kes4l sikap pemandu tukar lorong ‘last minute’, Fizo Omar jadi fobia bawa motor

VIDEO kejadian kem4langan jalan raya yang berlaku akibat sikap cuai pemandu kereta yang menukar lorong secara tiba-tiba sehingga menyebabkan keced3raan penunggang motorsikal mendapat perhatian pelakon Fizo Omar.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 35, berkata, kejadian itu membuatkan dia fobia untuk membawa motor dan meminta pengguna jalan raya lebih berhati-hati.

“Tolong jangan la memandu macam ini. Peringatan untuk diri saya sendiri dan semua orang juga. Kesian dekat abang-abang motor itu.

 

Saya kongsi video ini bukan untuk bagi netizen kejam atau marah kepada pemandu itu.

FIZO OMAR

PELAKON

“Saya sendiri yang naik motor pun kadang-kadang jadi fobia bila selalu tengok kejadian macam ini. Sama-sama kita berhati-hati untuk diri kita dan orang lain juga,” katanya.

Menerusi video berdurasi 49 saat yang tular di media sosial memperlihatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza berada di lorong tengah menukar haluan secara tiba-tiba untuk memasuki susur keluar di sebelah kiri.

Tindakan itu menyebabkan sebuah motosikal yang melalui lorong kiri tidak dapat mengelak dan melanggar bahagian hadapan kereta Alza terbabit.

Lebih m4lang lagi, penunggang motosikal itu terjatuh dan dilanggar sebuah lagi motosikal dari arah belakang.

Fizo tiada niat berkongsi video tersebut untuk mengajak orang ramai kecam pemandu itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Maaf Tak Indah ini memberitahu perkongsian itu tidak bermaksud mengajak orang ramai mengec4m pemandu terbabit sebaliknya hanya sekadar peringatan untuk lebih berwaspada.

“Saya kongsi video ini bukan untuk bagi netizen kej4m atau marah kepada pemandu itu. Dia bukan sengaja dan minta ini berlaku.

“Kita doakan semuanya selamat dan semua pemandu termasuk saya sendiri lebih berhati-hati selepas ini okey,” ujar Fizo.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Kes4l sikap pemandu tukar lorong ‘last minute’, Fizo Omar jadi fobia bawa motor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*