“Muka acah alim!” – Ramai Beng4ng Dengan Nurul Pghancvr Rumah Tangga Orang

Semenjak dua menjak drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini ditayangkan di kaca TV, admin perasan ramai golongan kakak-kakak dan ibu-ibu panas hati dan naik high blood pressure mereka gara-gara satu watak antagon1is dalam drama tersebut.

Kali ini pastinya bukan watak Mak Leha mahupun Hayati tapi watak baru yang gigih nak porak perandakan hubungan Mia dan Khuzairi iaitu si lemah lembut yang bernama Nurul. 

Amboiiii !!!! Dia dah start buat muka dah ye episode harini 🙄 Dasar fake betul la si Nurul ni 💃😠

Posted by 7 hari mencintaiku 2 on Wednesday, August 5, 2020

Menerusi perkongsian di Facebook, rata-rata netizen memang naik angin sungguhlah dengan si Nurul ini kerana wataknya yang dikatakan acah-acah alim namun penuh dengan agenda tersembunyi tu. 

Malah scene Nurul dalam episod semalam juga membuak-buakkan rasa marah netizen apabila dia dilihat semakin mendekati Khuzairi yang dilakonkan Syukri Yahya.

Mengharap benar eh kau Nurul? Kata tak sampai hati nk lukakan hati Mia tetapi itu semua dusta! Blh je ko tolak mentah2…

Posted by 7 Hari Mencintaiku on Wednesday, August 5, 2020

Tapi yang marah-marah ni sebenarnya kenal tak dengan pelakon yang memainkan watak Nurul ni?

Nurul ‘in real life’ ialah Gadis Berdagu Belah yang cantik! 

Bagi yang tak kenal siapa pelakon disebalik watak Nurul ni, beliau ialah Wafariena Roslan iaitu seorang model, pelakon dan juga penyanyi.

Wafariena ini berusia 25 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Berbakat dalam nyanyian, Wafariena sebenarnya dah ada single yang berjudul Carilah Aku yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

Antara karya lakonan lain Wafariena ialah filem Buntat dan telefilem Kisah Seram Hostel. Dia juga pernah mencuba nasib dalam ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2019 tau.

Nah gambar ‘Nurul’ versi real life untuk tatapan korang.

Fuh lawa jugak ye si Nurul ni? Dah-dah jangan mar4h lagi ye dengan Nurul. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Muka acah alim!” – Ramai Beng4ng Dengan Nurul Pghancvr Rumah Tangga Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*