Pilih Nama Aisha, Fasha Sandha Dedah Nama Dan Wajah Anak Perempuan

Penantian para peminat pelakon cantik, Fasha Sandha untuk melihat dram4tis tersebut menimang cahaya mata bersama suaminya Aidil Aziz akhirnya tercapai apabila dia selamat bersalin siang tadi.

Fasha yang telah memasuki wad bersalin sejak semalam telah memuat naik gambar bayi perempuannya sebentar tadi dengan memaklumkan nama yang diberi buat puteri keduanya itu.

Memilih nama Aisha, Fasha telah mengucapkan selamat datang kepada si comel tersebut dan mendoakan agar anaknya itu membesar menjadi seorang yang baik kepada semua orang termasuk keluarga.

Dalam pada itu, Fasha Sandha turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama-samanya sepanjang proses kehamilan dan juga ketika melahirkan.

Disamping itu, ucapan terima kasih turut ditujukan khas buat suami yang sentiasa berada disisi setiap detik sepanjang dia berbadan dua.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah buat pelakon itu diatas kelahiran cahaya mata.

Mereka turut memuji wajah Aisha yang sangat comel dan mendoakan agar dia membesar menjadi insan yang berguna kepada semua.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : KL Menjerit

Be the first to comment on "Pilih Nama Aisha, Fasha Sandha Dedah Nama Dan Wajah Anak Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*