Ada individu yang jadi artis semata-mata mahu jadi g0ld digger? : Neelofa

Zaman dulu, cerita sebegini hangat diperkatakan. Ada yang nak terkenal dan mahu menjadi pembaca berita, pengacara atau apa saja untuk dikenali bagi mendampingi golongan VVIP.

Tapi saya rasa, selebriti sekarang, mereka masuk industri dengan berpelajaran dan ingin menyumbang sesuatu kepada negara, masyarakat dan industri seni.

Kalau ada individu sebegini hari ini, percayalah, nama pun akan cepat bvsuk.

Jadi, betulkan niat daripada awal kerana itu yang paling penting.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Being one with nature with this top that flows perfectly @burberry @riccardotisci17

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Lofa sudah lebih 10 tahun dalam industri seni dan pasti kenal dengan golongan ini.

Bagi saya, janganlah sampai buka a1b kita sendiri kerana orang mengenali kita sebagai selebriti.

Kalau tersilap langkah, kita sendiri yang terpaksa menanggung malu, sekali gus menjatuhkan marvah diri disebabkan niat yang salah.

Betulkan niat dan ubah persepsi orang luar bahawa anda juga boleh berjaya dengan usaha sendiri.

Adakah cvri suami orang yang kaya sudah menjadi trend segelintir artis baharu atau selebriti yang ingin cepat hidup senang tanpa sebarang usaha?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Seeing the delivery guy bringing my package from afar @swarovski #SparkDelight

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Mengapa selebriti sering menjadi sasaran? Kerana mereka ini dikenali ramai dan orang kaya yang sudah berkahwin pun senang kenal.

Jadinya, tak perlulah mereka nak buat banyak kerja untuk mengenali personaliti seseorang.

Mereka minta pertolongan orang terdekat untuk pertemukan dengan selebriti yang d1sukai sebagai perkenalan.

Itulah realiti yang berlaku hari ini. Adakalanya selebriti ini bukan suka cari suami orang tapi mereka yang datang rapat.

Sebagai manusia yang lemah dan tidak sempurna, apabila peluang sudah depan mata, kadang-kadang mereka pun lemah dan kalah dengan nafsu untuk teruskan hubungan yang tak elok itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Poncho but make it fashion @dior #diorfall20

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Apa yang mendorong mereka menjadi gold digger sedangkan jika diperhatikan daripada paras rupa dan bakat, semuanya lengkap?

Pertama, mungkin mereka tidak yakin dengan diri sendiri. Kedua, mungkin nak kaya cepat atau perlukan landasan yang pantas untuk peroleh kesenangan.

Ketiga, mungkin keadaan ketika itu yang memaksa seperti mempunyai banyak hutang, perlu membayar komitmen yang tinggi atau perlu menanggung keluarga.

Walaupun mereka ini boleh bekerja, tapi mungkin ia berlaku dalam situasi yang terdes4k mahukan sesuatu.

Kejayaan Lofa hari ini adalah berkat usaha dan kerja keras. Bagaimana mahu berjaya tanpa perlu menjadi gold digger?

Seseorang itu perlu sentiasa memotivasikan diri dan percaya dengan usaha dan keberkatan.

‘Duit panas’ atau duit tidak elok ini cepat dapat dan cepat juga habis.

Percaya atau tidak, anda tidak akan nampak ke mana wang yang anda peroleh itu, ia lesap begitu saja.

Jadi, apapun yang kita buat, kena dapat keredaan dan keberkatan Allah SWT. Walaupun sedikit, namun anda akan rasa cukup dan puas.

Sewaktu awal terbabit dalam industri seni, Lofa pernah terfikir untuk menjadi gold digger?

Nauzubillah Min Zalik. Semoga Allah SWT menjauhkan saya daripada perkara yang tidak baik.

Harap perkara sebegitu tidak akan berlaku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Structured to perfection, styled by @colinsim

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Pada pandangan Lofa, individu sebegini adalah mereka yang ‘sakit’ atau ada perasaan ingin mencuba kerana status selebriti?

Saya boleh katakan, mereka ini tergolong dalam kedua-duanya. Bayangkan individu ini seperti orang yang men4gih d4dah, sudah pasti mereka akan hanyut dibuai khayalan itu.

Saya juga tidak nafikan, mungkin juga mahu test market sama ada mereka ini laku atau sebaliknya.

Nasihat Lofa kepada individu yang mempunyai niat atau sedang mencuba nasib memikat si lubuk emas.

Saya ingin tekankan sekali lagi iaitu mengenai keberkatan.

Apapun yang kita lakukan perkara paling asas adalah niat dan diri sendiri.

Selalu tanya pada diri nak jadi artis sebab apa, nak cari duit untuk apa.

Terakhir, pastikan sumber yang kita peroleh itu adalah hasil yang halal kerana kita nak dapat keberkatan yang baik untuk keluarga, diri sendiri dan anak-anak.

Pastikan ia sentiasa bermain di fikiran anda terlebih dahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Kisah Benar

Be the first to comment on "Ada individu yang jadi artis semata-mata mahu jadi g0ld digger? : Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*