Pelakon dan penyampai, Issey memaklumkan tiada lagi musim terbaru untuk drama sitkom J.K.K pada musim hadapan.
Bukan itu sahaja, Issey turut berkongsi momen ketika rakaman terakhir drama sitkom berkenaan dijalankan menerusi satu rakaman video yang dikongsi di akaun Instagram miliknya.
Menyedihkan, rakaman video tersebut kelihatan rakan pelakon, Ain Edruce yang menangis kesedihan apabila mengetahui drama berkenaan telah dihentikan.
“Ini adalah rakaman JkK paling sedih yang pernah kami buat. Dalam gelak tawa semasa rakaman, kami tetap sedih dengan apa yang terjadi kepda seluruh team JKK
“Boleh saksikan klik link di bio untuk full video dan swipe up di story,” tulisnya.
Sekadar informasi, drama tersebut sudah memasuki musim keenam dan dibintangi pelawak seperti Ebby Yus, Ropi Cecupak, Shuk Sahar dan ramai lagi.
Video: Instagram Issey Fazlisham
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press
Sumber : MH
Be the first to comment on "“Kami Tetap Sedih Dengan Apa Yang Terjadi…”- Issey Umum Tiada Lagi J.K.K, Ain Edruce Menangis Sedih"