Selalu kena ‘reject’ stesen TV, Mustaqim Bahadon tak ambil hati – “Betul ke followers ramai boleh buat drama meletup?”

SELEPAS beberapa orang pelakon mengutarakan kekesalan kerana tidak mendapat tawaran berlakon disebabkan kekurangan pengikut di laman sosial, kini aktor Mustaqim Bahadon pula tampil berkongsi pengalamannya.

Kata Mustaqim, 34, perkara itu kerap terjadi kepadanya sepanjang menceburi bidang lakonan namun dia sentiasa bersangka baik dan menerima keputusan yang dibuat pihak stesen televisyen.

Bagaimanapun, dia mempersoalkan jika jumlah pengikut laman sosial seseorang pelakon boleh membantu menaikkan kualiti sesebuah naskah.

“Ditolak stesen TV sebab followers kurang? Dah biasa dan kerap terjadi.

 

Saya bersangka baik dan terima, walaupun jauh di dalam hati kecil ni rasa hampa.

MUSTAQIM BAHADON

PELAKON

“Saya bersangka baik dan terima. Walaupun jauh di dalam hati kecil ni rasa hampa dan tertanya-tanya betul ke followers ramai ni boleh buat sesuatu naskah tu meletup di kaca TV.

“Mungkin dari segi pemasaran ada betulnya. Bagi saya selagi boleh ambil peluang, buat saja tak kisah watak apa ditawarkan. Saya terima saja walaupun cuma satu dua babak dalam sesuatu cerita.

“Asalkan ada la pendapatan sikit. Lepaslah belanja dapur dan minyak sikit. Saya pun bermula dari bawah, jadi apa salahnya buat… minat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mustaqim bersyukur kerana punca rezekinya bukan sahaja pada bidang lakonan, sebaliknya aktif berniaga pelbagai produk bagi menampung hidup.

Mustaqim juga berniaga untuk menampung hidup.

“Alhamdulillah ramai penerbit masih fight untuk bagi saya peluang muncul di kaca TV dan rezeki sentiasa ada dalam bidang saya ceburi ni. Cuma bagi saya, bila dah dapat duit saya kena ada sesuatu nak buat selain berlakon.

“Jadi macam-macam bisnes saya buat bagi menampung hidup dan duit poket. Orang sampai cakap, Mus banyak sangat buat bisnes, tengok tak kaya-kaya.

“Sumpah saya tak peduli apa orang cakap dan tak ambil hati. Selagi sesuatu benda tu saya buat ada pendapatan untuk saya, buat sajalah. Rezeki Allah nak bagi,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Selalu kena ‘reject’ stesen TV, Mustaqim Bahadon tak ambil hati – “Betul ke followers ramai boleh buat drama meletup?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*