“Dicop Pemusn4h Rumah Tangga Orang..”- WafaRiena

Fenomena drama 7 Hari Mencintaiku sedikit sebanyak telah mempengaruhi kehidupan aktres yang baru sahaja melonjak naik iaitu Wafariena Roslan. Memegang watak sebagai Nurul Ain, aktres cantik ini berjaya membangkitkan ‘kemarahan’ orang ramai.

Terbaru, Wafariena mengakui dirinya sering dimaki dan dimar4hi orang ramai malah ada yang sampai mengvgut akan menyimbah asi1d kepadanya.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, aktres yang berusia 25 tahun ini memaklumkan dirinya sering menerima Direct Message (DM) di Instagram yang berunsur m4kian daripada penonton drama 7 Hari Mencintaiku. Tetapi ianya langsung tidak memberi kesan kepada Wafa.

Aktres kelahiran Pulau Pinang ini beranggapan para penonton terlalu ‘beremosi’ yang secara tidak langsung membawa maksud lakonannya sebagai wanita ‘peramp4s’ menjadi.

Walaupun kena m4ki h4mun, saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya. Saya sudah jangka watak Nurul Ain akan menerima impak besar. Ada yang memanggil saya dengan gelaran tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin televisyen (TV), kemudian menghantarnya kepada saya.

Bukan itu sahaja, Wafa mengakui ada individu telah menganc4m untuk menyimbah asi1d ke wajahnya. Menceritakan kisah itu, Wafa memberitahu dia juga pernah dimar4hi oleh seorang mak cik ketika sedang makan di sebuah restoran dan dia amat bersyukur tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan keadaan juga dapat dikawal.

Cuma, saya perlu berhati-hati apabila ada yang mengugut mahu menyimbah as1id ke wajah. Nasib baik kita dikehendaki memakai pelitup wajah, jadi sukarlah mereka mengec4m wajah saya.

Tetapi, pernah juga saya dimarahi seorang makcik ketika sedang makan, gara-gara terlalu membe3nci Nurul Ain. Awalnya, saya agak terkejut dan memintanya bersabar, tetapi semuanya baik-baik sahaja, malah dia siap bergambar dengan saya.

Selain berlakon, Wafa juga bergiat aktif dalam bidang nyanyian. Dalam pada itu, aktres cantik jelita ini meluahkan rasa syukur kerana kewujudannya dalam industri lakonan tempatan diterima ramai malah dia juga kini menerima banyak tawaran berlakon.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment on "“Dicop Pemusn4h Rumah Tangga Orang..”- WafaRiena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*