Mahligai 17 Tahun Musn4h, Opie Zami Sah Bercer4i

Pelakon dan pengarah Opie Zami sah bercer4i talak satu dengan isteri, Zamzarina Mohamed di m4hkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur hari ini.

Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami, 46, melafazkan cer4i terhadap Zamzarina, 43, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.

Selepas mendengar lafaz cer4i itu, Ahmad Mahir memerintahkan Zamzarina untuk melalui proses tempoh edah selama tiga bulan.

Zamzarina diwakili peguam syarie, Azmanira Ismail @Zanudin, manakala Opie tidak diwakili peguam.

Opie ketika ditemui di luar m4hkamah berkata, dia reda apabila rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu terlerai selepas segala usaha untuk menyelamatkan rumah tangga dilakukan.

“Isteri saya tak salah, saya yang salah kerana gagal membentuk isteri saya menjadi isteri yang misali.

“Isteri saya bagus, seorang ibu yang baik. Punca percer4ian terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” katanya yang memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung sejak 3 Ogos lalu.

Sementara itu, Zamzarina mengakui kem3lut rumah tangganya sudah berlarutan sejak 2010.

“Ini bukan pertama kali pergi ke m4hkamah berhubung masalah rumah tangga, dah tiga kali saya turun.

“Lepas ini saya akan uruskan hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah,” katanya.

Terdahulu, Zamzarina selaku plaintif memfailkan permohonan cer4i pada 16 Mac lalu.

Permohonan cer4i itu dibuat mengikut seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Suasana dalam m4hkamah bertukar hiba apabila pasangan itu menangis ketika bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Opie melafazkan cer4i.

Zamzarina yang berjubah hitam dilihat hanya tunduk ketika bersalaman dengan Opie yang berbaju T putih serta berseluar jeans biru.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Shah Saidi, 15, Aliff Shah Syedi, 13 dan Arrif Shah Saidi, 8.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Mahligai 17 Tahun Musn4h, Opie Zami Sah Bercer4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*