Bukit Aman Terima Maklumat Ada Pegawai, Anggota Polis Jadi B4rua Lindungi Premis Jvdi Sg Buloh

“Tiada yang ganggu. Saya serah 100 peratus kepada Allah.”

Demikian kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, berikutan pended4han menerusi videonya yang menimbulkan kontr0versi sejak dua hari lalu.

Katanya beliau sendiri tidak menyangka pended4hannya itu akan menarik perhatian umum kerana hanya berkongsi masalah sebenar di kawasan berkenaan.

“Kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain, saya minta maaf.

“Lillahi Taala (kerana Allah), saya tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak marah sedikitpun.

“Cuma, ada rasa cemburu apabila MBSA ‘kacau’ kedai saya tetapi tidak ambil tindakan terhadap kedai rokok seludup dan judi hingga mereka dapat beroperasi sehingga jam 3 pagi ketika premis lain sudah ditutup,” katanya menerusi siaran langsung yang disiarkan di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Siaran langsung itu diadakan selama hampir sejam bermula jam 12.30 tengah hari dan turut dihadiri ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Mohd Asri berkata, apa yang membuatkannya terkilan ialah apabila premis jvdi masih terus beroperasi walaupun selepas aduan dibuat kepada polis.

“Saya terkilan kerana sudah membuat aduan di Bahagian Perjudian (dan M4ksiat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi panggilan telefon meminta polis datang dan periksa pusat jvdi bebas dibuka.

“Apabila buat aduan, tutup dua hari kemudian ‘on’ balik (dibuka semula).

Saya pergi pula hantar aduan kepada jabatan integriti tetapi tidak jalan (tiada tindakan) sebaliknya ada sindiket pula yang berjumpa budak saya (kakitangan) dan bertanya kenapa saya mengganggu perniagaan mereka.

“Kiranya, aduan itu sudah dibuat sejak tiga bulan lalu tetapi keadaan masih sama tetapi tidak sangka pula jadi begini (kontroversi),”katanya.

Bagaimanapun, Asri meminta orang untuk berhenti mengec4m pihak polis sebaliknya mengajak semua bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan perjvdian atau aktiviti lain yang tidak bermoral.

Tolong henti kec4m polis. Mereka ini permata harapan.

Mari sama-sama bantu polis dan saya minta persatuan penduduk serta qariah masjid untuk turut sama memainkan peranan,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berharap orang ramai tidak menuding jari terhadap mana-mana pihak dalam isu itu.

“Sebaiknya kita bersama mengambil tindakan, tidak mahu salahkan pihak berkuasa, tak mahu menuding jari.

“Selain itu, kita minta kepada pegawai kerajaan sama-sama membantu memudahkan urusan mereka yang mempunyai masalah perniagaan.

Kalau boleh, kita nak wujudkan keharmonian,” katanya.

Bukit Aman Terima Maklumat Ada Pegawai, Anggota Polis Jadi Barua Lindungi Premis Judi Sg Buloh

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis jvdi haram di sekitar Sungai Buloh, dekat sini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat yang diterima termasuklah premis-premis judi yang ada di sekitar Sungai Buloh.

Tindakan tegas akan diambil

Beliau berkata perkara yang diteliti antaranya termasuklah serbuan dan rampasan perjudian yang telah dijalankan serta beberapa 1su berkaitan.

“Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terlibat dalam penyelewengan tugas.

Mereka juga melindungi sindiket berkenaan maka tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka…”

“Sekiranya ada pegawai dan anggota polis menerima rasvah ia akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya…”

Ada yang cuba lindungi premis jvdi?

Bernama hari ini melaporkan SPRM akan meny1asat dakw4an terhadap pihak berkuasa yang cuba melindungi premis haram, perjvdian haram dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.

Sebelum ini, tular satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap k3s judi serta mendedahkan lokasi perjvdian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakw4an itu dan menyatakan polis telah membuka kertas s1asatan serta akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

Laporan Polis Dibuat oleh Balai Polis Sg Buloh untuk Melindungi Nama yang Dipetik Abg Berger

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuat laporan polis berhubung video dakw4an fitnah dan tohm4han yang ditularkan seorang lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan dibuat seorang pegawai polis susulan video tular pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’.

“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitn4h.

Video itu telah merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” katanya pada sidang media, di Sungai Buloh, hari ini.

Shafa’aton berkata, susulan maklumat berkenaan sepasukan polis daerah Sungai Buloh membuat enam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang ditularkan.

“Dalam serbuan berkenaan polis menahan dua lelaki warga Bangladesh selain merampas empat tablet dan wang tunai RM114.

“Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah tohm4han,” katanya.

Menurutnya, sebelum video berkenaan ditularkan, polis sudah membuat serbuan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram ini.

“Apa yang ditularkan itu adalah fitn4h sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

“Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : What’s Trending

Be the first to comment on "Bukit Aman Terima Maklumat Ada Pegawai, Anggota Polis Jadi B4rua Lindungi Premis Jvdi Sg Buloh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*