Datuk Bandar Shah Alam Dah Bersuara Kongsi Cerita Sebenar Premis Dis1ta, Beri Kenyataan Ini Pada Mohd Asri

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan peniaga khususnya di Bandar Baru Sungai Buloh supaya mematuhi arahan dikeluarkan sehingga 1su berniaga tanpa lesen diselesaikan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya sedang mengenal pasti tapak sesuai untuk mereka berniaga.

Katanya, sebelum ini sudah ada tapak yang disediakan, namun ada peniaga yang enggan berpindah ke lokasi berkenaan.

“Saya mengikuti 1su ini secara dekat dan perlu mendapatkan laporan terperinci daripada pegawai penguat kuasa MBSA.

“Kita juga ucapkan terima kasih kepada Mohd Asri (Mohd Asri Hamid) atas aduan dibuat. Tindakan akan diambil seperti mana rutin yang dijalankan sebelum ini.

“Saya juga berharap isu ini tidak berpanjangan kerana kita ada banyak lagi kerja untuk diselesaikan. Kita hadapi kesukaran, tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk terus memastikan peraturan ditegakkan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas kontr0versi membabitkan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut yang turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rkok seludup.

 

Dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turun melawat lokasi berkenaan semalam.

Haris berkata, tindakan meny1ta barangan perniagaan peniaga burger di situ dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan sebelum ini.

“Ia mengikut Und4ng-Und4ng Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Di Tempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Sit4an).

“Mereka yang barangan disita, boleh berhubung dengan pegawai MBSA dan selepas menjelaskan kompaun, barangan terbabit boleh diambil semula,” katanya.

Katanya, beliau mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk tampil membantu MBSA bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan seperti sepatutnya dan tiada pelanggaran und4ng-und4ng.

“Kita juga minta supaya orang ramai khususnya netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada dan bukannya suka-suka.

“Sudah tentu akan ada tindakan kepada pegawai penguat kuasa MBSA jika mereka didapati menyalahgunakan kuasa ketika bekerja.

“MBSA juga bersedia membantu pihak polis menjalankan s1asatan atas dakw4an ada aktiviti perjvdian membabitkan premis,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Rentas Asia

Be the first to comment on "Datuk Bandar Shah Alam Dah Bersuara Kongsi Cerita Sebenar Premis Dis1ta, Beri Kenyataan Ini Pada Mohd Asri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*