Kareena Kapoor Umum Hamil Anak Kedua

Pasangan pelakon popular Bollywood, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pasangan tersebut menerusi media sosial mereka pada Rabu.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan kami sedang menantikan ahli baharu dalam keluarga kami.

“Terima kasih atas ucapan dan sokongan kalian,” kata mereka.

Kareena dan Saif Ali berkahwin pada 2012 dan menimang cahaya mata sulung, Taimur Ali Khan pada 2016.

Kedua-duanya pernah berlakon bersama menerusi filem Omkara, Agent Vinod, Kurbaan dan Tashan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Kareena Kapoor Umum Hamil Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*