Ketua Polis Negara seb4k, tiada satu malam pun tak tidur lena

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui tiada satu malam beliau tidak pernah tidur lena kerana timbalannya, Datuk Mazlan Mansor sentiasa berada di sisinya untuk menangani segala cabaran.

Ketua Polis Negara berkata, selepas 40 tahun sembilan bulan berkhidmat bersama dari pangkat Inspektor Percubaan, beliau dengan berat hati terpaksa berpisah dengan seorang pegawai yang taat serta berintegriti tinggi dalam menjalankan tugas sejak empat dekad lalu.

“Sejak hari pertama lagi Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 9 Mei 2019 lalu saya berikan segala kepercayaan kepadanya dan dia taat setia melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan.

“Bersyukur dapat membalas dengan menghasilkan prestasi kerja yang sangat cemerlang dengan kelayakan akademik berkelulusan undang-undang dari University of Wale, England.

“Selama ini saya relaks sangat dan tidak pernah ada satu malam pun saya tidak boleh tidur walaupun banyak sangat 1su yang menekan saya kerana adanya timbalan saya yang penuh berpengalaman dan berkelayakan tinggi yang mana saya tahu dia mampu terima segala cabaran sebelum ia datang pada saya dan menyelesaikannya,” katanya dalam nada sebak pada sidang media di Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Cheras, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis Serah Terima Tugas antara Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dan Datuk Seri Acryl Sani Abullah Sani yang akan memangku jawatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (tengah) menyaksikan penyerahan tugas Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (kiri) kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia di Maktab PDRM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 OGOS 2020.

Menurut Abdul Hamid, beliau memiliki ilmu dan pengalaman yang terhad namun dengan adanya seorang timbalan yang berdisiplin dan tegas dalam menjalankan tugas selain kelayakan akademik dari England memungkinkan segalam cemuhan terhadap PDRM dapat ditangkis.

“Dia bijak dan berpengalaman sangat sehingga membantu saya menangkis apa sahaja tuduhan (dan) cemuhan yang boleh mengaibkan PDRM berjaya ditanganinya dengan kebijaksanaannya,” katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Acryl Sani menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib bermula esok.

Rombakan IPD Sungai Buloh selepas siasatan selesai

SEBARANG tindakan termasuk rombakan dalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh hanya akan diputuskan selepas sias4atan berhubung k3sperjvdian di daerah itu selesai, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyias4t terlebih dahulu d4kwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung 1su perjudian itu.

“Siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sejak awal lagi iaitu sebelum perkara ini tular, dan setakat ini tiada anggota polis yang ditahan.

“Setelah siasatan selesai baru pihak polis akan putuskan apa tindakan yang akan dibuat, beri sedikit masa dan saya beri jaminan tidak akan melengah-lengahkan k3sberkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada akan berlaku rombakan di IPD Sungai Buloh selepas terdapat d4kwaan pegawai dan anggota polis melindungi premis perjudian.

Sementara itu, beliau berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed sudah diarah mendapatkan laporan kegiatan perjudian di seluruh negara.

“Pihak PDRM tidak akan berkompromi dengan aktiviti judi, bukan sahaja di Sungai Buloh tetapi di semua tempat seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid menasihati orang ramai agar menyalurkan maklumat jenayah secara terus ke Bukit Aman jika terdapat halangan tertentu di peringkat bawahan.

“Saya menggalakkan apa juga kaedah yang ingin digunakan untuk menyampaikan mesej kejadian jenayah,” katanya.

Berikutan itu, Abdul Hamid turut memberi amaran kepada pegawai dan anggotanya untuk tidak mend3dahkan maklumat pemberi maklumat kepada awam jika mereka melaporkan sebarang kegiatan jenayah.

“Jika saya dapat tahu ada pegawai atau anggota polis yang mend3dahkan identiti pemberi maklumat k3sjenayah, saya akan ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan terus,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan bahawa tuduhan mengatakan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar tidak mengambil tindakan susulan terdapat kegiatan perjudian di daerah itu, adalah tidak benar.

“Ketua Polis Daerah Sungai Buloh ada ambil tindakan dan tidak benar sama sekali d4kwaan media sosial kata beliau menafikan wujud aktiviti judi di Sungai Buloh,” katanya.

Baru-baru ini, tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mend4kwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap k3sjudi serta mend3dahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia menahan empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam kerana disyaki menerima r4suah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, dekat sini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Ketua Polis Negara seb4k, tiada satu malam pun tak tidur lena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*