Panglima ATM bersuara, beri respon tentang permohonan maaf Asri Janggut. Ini kata-kata hikmah dari Panglima ATM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merujuk kepada 2 buah video yang tular di laman media sosial iaitu video kenyataan saudara Mohd Asri Hamid (Asri Janggut) yang memberi gambaran negat1f terhadap warga ATM semasa sesi wawancara secara langsung (live) dalam platform media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertarikh 11 Ogos 2020 dan seterusnya video permohonan maaf beliau secara terbuka.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang (TUDM) menyifatkan kenyataan tersebut sebagai keterl4luan dan menggur1s hati warga ATM terutama mereka yang muslim. Namun, sebagai seorang manusia biasa, sememangnya kita tidak terkecuali melakukan kesil4pan.

Oleh yang sedemikian, ATM mengambil pendekatan menerima permohonan maaf individu berkenaan yang disiarkan juga di media sosial PPIM pada 12 Ogos 2020.

Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa peka dan berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan atau pendapat atau pandangan mahupun apa jua ulasan tanpa sebarang rujukan atau fakta yang boleh mencetuskan sebarang p0lemik.

Ini adalah selaras dengan tuntutan agama Islam iaitu kewajipan seorang muslim untuk sentiasa menjaga lidah dan tutur kata sepertimana yang diriwayatkan dalam hadith berikut :

Daripada Sahl bin Sa’d RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kem4luan), maka aku menjamin baginya syurga.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6474, 6807, at-Tirmizi, No: 2408, Ahmad, No: 21757)

Pengajaran yang boleh diambil dari Hadith ini :

Allah SWT telah mencipta syurga dan ner4ka di akhirat sebagai destinasi abadi seseorang h4mba. Apabila dia melakukan amal kebaikan, balasan syurga akan menanti dan sebaliknya jika melakukan amal kejah4tan maka ner4kalah tempat kembali.

Jaminan syurga kepada seseorang Muslim yang dapat menjaga mulut, lidah dan kem4luannya. Menjaga mulut ialah menjauhi makanan dan sumber yang har4m. Menjaga lidah pula dengan memperbanyakkan berzikir, memohon ke4mpunan dan bert4ub4t daripada d0sa-d0sa yang telah dilakukan.

Keutamaan menjaga lidah kerana daripadanya akan lahir perbuatan yang akan membawa kepada d0sa-d0sa dan sebagainya. Aw4silah dalam berkata-kata.

Jang4n disebabkan tergelinc1r dan kelembutan lidah yang tidak bertulang menjadi punca d0sa dan dimasukkan seseorang ke dalam ner4ka.

ATM berharap agar perkara seumpama ini tidak akan berulang di masa mendatang dan menyeru masyarakat untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini di khalayak umum bagi menjaga keharmonian semua.

Sesungguhnya, memaafkan kesal4han orang lain itu adalah ditunt0t dalam agama Islam kerana Islam merupakan agama perdamaian dan kemaafan.

Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain bukan sahaja membuatkan hati si pesal4h tadi berasa tenang, tetapi Allah SWT turut akan menurunkan ketenangan itu kepada orang yang memaafkan.

Bahkan, Allah SWT juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain.

Firman ALLAH SWT:

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedul1kan orang-orang yang jah1l.” (Surah al-A’raf, ayat 199)

Sumber dari Telaga Nan Biru

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gf News

Be the first to comment on "Panglima ATM bersuara, beri respon tentang permohonan maaf Asri Janggut. Ini kata-kata hikmah dari Panglima ATM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*