Kecewa lagi! Majlis pernikahan Joy Revfa dengan jejaka misteri dibatalkan

USAHAWAN kosmetik Joy Revfa mengesahkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah berakhir.

Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 32, berkata, keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu itu disebabkan tiada lagi keserasian antara mereka.

“Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga kerana telah membuat keputusan terlebih dahulu untuk memutuskan pertunangan dan membatalkan pernikahan yang sepatutnya diadakan pada bulan Jun lalu.

“Keputusan ini dipersetujui sepenuhnya juga oleh ibunda saya sendiri. Saya tidak menyalahkan sesiapa dan anggap saya dan dia tidak serasi lagi untuk bersama namun kami masih berkawan seperti biasa,” kata Joy kepada mStar.

 

Saya sedar, jodoh itu rahsia Allah.

JOY REVFA

USAHAWAN KOSMETIK

Sebelum ini, Joy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Z.A pada 14 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Menerusi laporan mStar pada 15 April lalu, Joy memberitahu enggan mend3dahkan wajah dan identiti bekas tunangnya kerana bimbang diganggu pihak luar.

Dalam pada itu, Joy berkata, dia akan menghubungi penaja yang bertanggungjawab menyiapkan persiapan pernikahan tersebut dan membuat permohonan maaf.

“Mohon maaf kepada penaja-penaja pernikahan yang telah siap 70 peratus semata-mata untuk persiapan nikah nanti. Saya akan hubungi satu persatu setiap penaja.

Joy bersama keluarganya dan keluarga bekas tunang.

“Saya sedar, jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih… ia semua rahsia Allah.

“Perancangan Allah tu jauh lebih indah. Mohon maaf sekali lagi kepada keluarga pihak lelaki di atas keputusan drastik ini dan juga buat keluarga terdekat sebab kali ni tak jadi lagi,” ujarnya.

Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun namun mereka bercer4i pada 25 Oktober 2017.

Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Kecewa lagi! Majlis pernikahan Joy Revfa dengan jejaka misteri dibatalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*