Baru 9 Bulan Nikah, Status Rumah Tangga Nadia Brian Jadi Tanda Tanya

PELAKON Nadia Brian, 29, menafikan d4kwaan rumah tangga yang dibina bersama suami, Muizz Nasruddin sedang bermasalah.

Ia susulan tindakan pelakon itu yang tidak memuat naik gambar bersama suami selepas kali terakhir pada Aidilfitri lalu.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian ketika dihubungi berkata, dia bersama suami okay.

“Saya ada saja kongsi gambar bersama, tapi soal peribadi saya memang tak suka kongsi di media sosial. Apa yang penting dikongsikan ialah mengenai kerja. Tak semestinya tidak memuat naik gambar bersama tak bahagia dan tak gembira.

“Memanglah orang tanya, tapi sekarang fokus saya pada ibu dan nenek saya yang tak sihat. Saya tak nak fikir mengenai orang lain. Sekarang ini untuk keluarga dan diri sendiri saja.

“Dengan suami okay saja. Saya tak nak ulas banyak mengenai dirinya. Dia pun perlukan privasi sebab dia bukan orang industri hiburan. Mungkin dia tak biasa. Dia okay dan sentiasa menyokong saya. Saya doa yang baik-baik saja dan harap doa yang baik-baik untuk kebaikan semua orang,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah tengok ke Filem #syifmalamraya ? Cepat tengok di AstroFirst okay❤️ @razakmohaideen Thank you Sifu🙌🏻

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian) on

Bagaimanapun, Nadia yang juga pelakon filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda turut menangis ketika ditemubual terutama apabila bercakap mengenai rumah tangga.

“Sedih sebab perkahwinan ini kita nak bahagia dan sampai bila-bila. Mungkin ada macam duga4nAllah SWT hantar dan macam mana kita kawal. Apa-apa pun saya berserah kepada hati dan niat dan mencari kebahagiaan. Biasalah awal perkahwinan akan ada pasang surut. Apa yang penting saya tak buat masalah dalam kerja dan buat masalah dengan sesiapa pun. Saya hanya dengan diri sendiri dan fokus kerja,” katanya.

Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : HM

Be the first to comment on "Baru 9 Bulan Nikah, Status Rumah Tangga Nadia Brian Jadi Tanda Tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*