Berbasikal Sambil Hulur Sumbangan Untuk Gelandangan…Ebit Lew Seb4k

Penceramah dan pend4kwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa seb4k ketika menghulurkan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota baru-baru ini.

Menurut Ebit, sumbangan itu diberikan ketika dia berbasikal sekitar jam 10 malam hingga 1 pagi di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

“Seb4k sayu 10 malam sampai 1 pagi pusing KL tengok keadaan tengah malam, sayu ada macam mak ayah kita, ada macam adik beradik dan anak-anak kita,” tulisnya di Instagram.

Tambah Ebit, jumlah sumbangan makanan dan minuman itu adalah sebanyak 300 bungkus dan ia habis dalam tempoh masa yang singkat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam tadi pusing kl berkongsi rezeki sambil berbasikal dari gombak dan pusing sekitar kl.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Ujian mereka, bila bawa nasi, berebut-rebut tengah malam, 300 bungkus nasi dan air habis sekejap sahaja.

“Sayu hati, ramai minta dua, ya Allah maafkanlah diriku,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari rata-rata warganet yang turut bersimpati melihat nasib mereka yang kurang bernasib baik itu.

Pada masa yang sama, ramai juga pengikut Ebit yang mendoakan agar dia memperoleh ganjaran dari Yang Maha Esa atas perbuatan baiknya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Berbasikal Sambil Hulur Sumbangan Untuk Gelandangan…Ebit Lew Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*