Hafizh Syahrin selamat dalam kem4langan ng3ri

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terselamat selepas terbabit dalam kem4langan mengerikan di awal perlumbaan Grand Prix (GP) Austria, semalam sehingga perlumbaan di Litar Red Bull Ring-Spielberg itu terpaksa dipendekkan kepada 13 pusingan.

Insiden berkenaan pada mulanya berlaku selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di tengah laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedari kem4langan itu gagal mengelak dan melanggar motosikal pelumba Italtrans Racing Team berkenaan.

Motosikal ditunggang Hafizh dilihat berk3cai dan pelumba Openbank Aspar Team itu melambung tinggi di udara.

kem4langan itu turut membabitkan beberapa pelumba lain iaitu Andi Farid Izdihar (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Edgar Pons (Federal Oil Gresini Moto2) sebelum saingan terpaksa dikibarkan bendera merah susulan ins1den berkenaan.

Begitupun, Hafizh dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan hanya meng4lami leb4m di beberapa bahagian badan.

Bos pasukan Openbank Aspar Team, Gino Borsoi berkata: “Hafizh berada dalam keadaan baik, dengan dia hanya mendapat lebam terutama di bahagian pinggul tetapi berada dalam keadaan sedar.”

Sementara itu, Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali turut mengesahkan perkara sama.

“Hafizh berada dalam keadaan sedar dan hanya leb4m. Selainnya OK. (Hafizh) masih berada di pusat perub4tan untuk pemerhatian,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : BH Online

Be the first to comment on "Hafizh Syahrin selamat dalam kem4langan ng3ri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*