Kalau perlu jalani pembed4han, saya akan lakukan – Uyaina

BIARPUN terpaksa melupakan seketika aktiviti seni ketika namanya sedang meningkat naik di Indonesia akibat pandemik c0v1d-19, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui tidak pernah berasa terkilan atau kec3wa.

Sebaliknya Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina, 28, rancak merencana kerjaya seninya di Malaysia, baik dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Percaya segala yang berlaku datang bersama hikmah tersembunyi, Uyaina yang cukup dikenali dengan program Wanita Hari Ini, bersyukur kerana sempat kembali ke tanah air, sebelum penul4ran c0v1d-19 bertambah serius di Indonesia.

“Sebelum ini saya sentiasa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Boleh dikatakan enam bulan di Malaysia dan enam bulan lagi Indonesia.

“Pada 31 Disember tahun lalu saya pulang ke Malaysia kerana terlibat dengan sebuah  penggambaran drama.

“Sepatutnya saya kembali ke Indonesia pada bulan Februari untuk program Liga Dangdut di sana, tetapi membatalkan perancangan tersebut apabila mendapati penul4ran c0v1d-19 di sana sem4kin membimbangkan.

“Sejujurnya memang banyak program yang melibatkan saya di sana terpaksa saya lupakan termasuk program Puteri Muslimah yang sudah memasuki musim ketiga ,” jelasnya.

Meskipun rindu dengan rutin dan aktiviti seni di sana, Uyaina akur dengan situasi semasa dan meluahkan rasa syukur kerana selamat berada bersama keluarga di tanah air.

“Kalau ikutkan rindu, memanglah saya rindu sangat nak kembali bersama teman-teman di sana bekerjasama dalam pelbagai program dan aktiviti seni sebagaimana yang kami lakukan sebelum ini.

“Bagaimanapun, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Malah saya memutuskan untuk tidak kembali ke sana dalam tempoh setahun dua ini, sehinggalah vaksin ditemui dan keadaan kembali reda.

“Jadi buat masa ini saya hanya akan fokus kepada kerjaya di tanah air dan cuba membina prestasi dengan sebaik mungkin menerusi peluang yang diberikan,” akuinya yang turut memuji sikap mengambil berat masyarakat di sana.

Berkongsi perkembangan terkininya, kata Uyaina, selain sibuk dengan program Ratu Hijabista, dia juga akan tampil dengan drama terbaharu, Perempuan Tak Berd0sa yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Selepas PKP jadual kerja kembali sibuk dengan pelbagai komitmen. Alhamdulillah peluang demi peluang datang dan saya sangat hargai.

“Penglibatan dalam program Ratu Hijabista sebagai pengacara juga sangat istimewa kerana dapat bekerjasama dengan idola saya, Puan Seri Normala Samsudin.

“Manakala untuk drama pula, karya arahan Michael Ang itu akan mengub4t rindu peminat yang sering bertanyakan tentang lakonan terbaru saya,” ujarnya.

Sentiasa ikut nasihat doktor

Melihat kepada k3sibukannya dengan kerjaya seni, ramai yang tertanya-tanya tentang keadaan k3sihatan dirinya yang sebelum ini disahkan mengh1dap peny4kit jantung.

“Alhamdulillah keadaan k3sihatan saya dalam keadaan yang baik. Meskipun sibuk dengan kerja, saya sentiasa membuat pemeriksaan dengan doktor dan patuh dengan saranan yang diberikan.

“Kalau keadaan memerlvk4n saya menjalani pemb3dahan, saya akan lakukan dan berehat seketika daripada kerjaya seni. Tak mungkin saya mempertaruhkan  k3sihatan semata-mata kerana sibuk kerja.

“Saya berkongsi tentang peny4kit saya sebelum ini pun bukan kerana mahukan simpati atau perhatian, sebaliknya untuk berkongsi dan memberitahu orang ramai agar sentiasa menjaga k3sihatan.

“Saya mahu beri k3sedaran agar kita semua sentiasa positif menjalani kehidupan dan menghargai k3sihatan sendiri,” katanya.

Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Uyaina lebih selesa untuk hanya bercerita tentang kerjaya seninya.

“Saya masih baru dalam industri dan belum ada prestasi membanggakan dalam kerjaya.

“Jadi biarlah saya bina nama dengan prestasi kerja terlebih dahulu, sebelum menjadi tumpuan kerana cerita-cerita bersifat peribadi,” ujarnya yang berhasrat untuk menamatkan zaman gadis sebelum usia mencecah 30 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Sinar

Be the first to comment on "Kalau perlu jalani pembed4han, saya akan lakukan – Uyaina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*