Sebabkan asik kec1wa dan baru umum tak jadi kahwin, wanita ini lamar Joy Revfa untuk jadi madunya. Untung lah si suami

SELEPAS Joy Revfa mengumumkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A berakhir, muncul seorang peminat yang sudi berkongsi kasih suaminya dengan ahli perniagaan itu.

Menerusi ruang komen di perkongsian Facebook Joy, 32, individu tersebut meluahkan hasrat untuk menjadikan pemilik nama Siti Arifah Mohd Amin itu sebagai madu atas sebab rasa simpati dengan apa yang terjadi.

“Kahwin saja la dengan suami saya Joy… janji awak baik, kesian pula tengok,” tulis pengguna laman Facebook tersebut.

Joy batalkan perkahwinannya dengan jejaka bernama Z.A yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Joy mengesahkan pertunangannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah berakhir.

Kata Joy, keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu itu berakhir berikutan tiada lagi keserasian antara mereka.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna laman sosial membalas komen individu tersebut dan meminta agar tidak mempermainkan soal perkahwinan melainkan benar-benar ingin melakukannya.

Bagaimanapun, individu tersebut menegaskan dia sememangnya serius dengan permintaan itu dan berharap agar suaminya berkahwin dengan Joy.

Peminat kesian melihat Joy membesarkan anak seorang diri.

“Puan saya serius apa yang saya cakap. Tak ada pun saya gelak-gelak. Janji kahwin dengan Joy Revfa. Bukan apa, sudah lama saya jadi pengikut dia. Asyik kecewa saja.

“Kita sebagai peminat dia rasa juga sedih… anak pula makin membesar. Walaupun keluarga dia sangat memberi sokongan tetap lain ada suami,” kata individu tersebut.

Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun mereka bercer4i pada 25 Oktober tahun yang sama.

Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.

USAHAWAN kosmetik Joy Revfa mengesahkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah berakhir.

Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 32, berkata, keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu itu disebabkan tiada lagi keserasian antara mereka.

“Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga kerana telah membuat keputusan terlebih dahulu untuk memutuskan pertunangan dan membatalkan pernikahan yang sepatutnya diadakan pada bulan Jun lalu.

“Keputusan ini dipersetujui sepenuhnya juga oleh ibunda saya sendiri. Saya tidak menyalahkan sesiapa dan anggap saya dan dia tidak serasi lagi untuk bersama namun kami masih berkawan seperti biasa,” kata Joy kepada mStar.

Sebelum ini, Joy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Z.A pada 14 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Menerusi laporan mStar pada 15 April lalu, Joy memberitahu enggan mend3dahkan wajah dan identiti bekas tunangnya kerana bimbang diganggu pihak luar.

Dalam pada itu, Joy berkata, dia akan menghubungi penaja yang bertanggungjawab menyiapkan persiapan pernikahan tersebut dan membuat permohonan maaf.

“Mohon maaf kepada penaja-penaja pernikahan yang telah siap 70 peratus semata-mata untuk persiapan nikah nanti. Saya akan hubungi satu persatu setiap penaja.

Joy bersama keluarganya dan keluarga bekas tunang.

“Saya sedar, jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih… ia semua rahsia Allah.

“Perancangan Allah tu jauh lebih indah. Mohon maaf sekali lagi kepada keluarga pihak lelaki di atas keputusan drastik ini dan juga buat keluarga terdekat sebab kali ni tak jadi lagi,” ujarnya.

Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun bercer4i pada 25 Oktober tahun sama.

Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Kisah Benar

Be the first to comment on "Sebabkan asik kec1wa dan baru umum tak jadi kahwin, wanita ini lamar Joy Revfa untuk jadi madunya. Untung lah si suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*