Demi menikmati kari, tiga sahabat sanggup ‘terbang’ sejauh 200 batu ke restoran kegemaran… siap belanja lebih RM 1,000 untuk tapau!

SANGGUPKAH anda memandu jauh semata-mata mahu menikm4ti hidangan kegemaran?

Tiga sahabat ini membvktikan jarak bukan penghalang apabila mereka sanggup ‘terbang’ sejauh 200 batu semata-mata mahu menikm4ti kari!

Danial Sabhani, 52, membawa dua rakannya Simon Ledger, 43, dan Mike Figg, 39, menaiki pesawat ringan miliknya untuk pergi ke restoran Lahore Spice yang terletak berhampiran Harrow di barat laut London.

Mereka bertolak dari Lapangan Terbang Sandown di Isle of Wight dan sejurus tiba di Elstree Aerodrome, tiga sahabat ini memandu kereta selama 15 minit untuk ke restoran berkenaan.

Untuk hidangan kari, mereka membelanjakan sekitar RM 274 (£ 50) untuk makan di restoran dan membelanjakan RM 1,098 untuk membungkus dan membawa pulang ke Isle of Wight.

Dengan 40 minit di udara, 15 minit memandu ke restoran, tiga sahabat ini mengambil masa kurang dari dua jam secara keseluruhannya untuk ‘kembara kari’ mereka. – Metro.co.uk

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Demi menikmati kari, tiga sahabat sanggup ‘terbang’ sejauh 200 batu ke restoran kegemaran… siap belanja lebih RM 1,000 untuk tapau!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*