“Sorry Sebab Tak Pakai Baju, Tak Boleh Banyak Gerak,” – Terlibat Kem4langan, Hafizh Syarin Sempat Titip Ucapan Hari Lahir Buat Achey

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-34, pelakon dan pelawak, Achey Bocey ada menitipkan ucapan istimewa buat dirinya sendiri.

Sambil menzahirkan rasa syukur, Achey turut memberikan dedikasi buat insan tersayang di sekelilingnya.

“Syukur pada Allah. Sambut sorang pun okay apa sebab aku sayang diri aku.

“Aku sayang orang tuaku, aku sayang isteri dan anakku, aku sayang keluargaku, aku sayang sahabat-sahabat ku dan aku sayang semua!,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh Achey menerusi akaun Instagram.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Bocey itu turut terharu selepas menerima ucapan khas daripada pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin sejurus selepas dibenarkan keluar dari h0spital.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Antara hadiah terbaik tahun ini… tq @hafizh_syahrin sakit2 pun sudi wish..malaysia with u brooo .. Tq @pjg_solomoto tunaikan..

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Assalamualaikum Abang Achey, selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.

“Semoga berbahagia dengan keluarga tersayang. Sorry sebab saya tak boleh nak pakai baju sebab tak boleh banyak gerak. Ni pun duduk dekat kerusi je.

“Apapun terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan saya dan terima kasih juga buat abang Achey,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan Bocey, Fad turut menitipkan ucapan istimewa buat sahabatnya itu.

Menurut Fad, dia mendoakan semoga sagala urusan sahabatnya itu dipermudahkan selain turut berharap agar dapat disatukan semula dengan allahy4rham Abam di akhirat nanti.

“Selamat ulang tahun kekandaku,ku doakan segala yg terbaik buat mu,semoga kau sentiasa dirahm4ti dilindungi Allah SWT.

“Aku sayang kau dunia akhirat, sentiasa ada dalam doaku supaya kitA bertiga akan bertemu di akhir nanti,” kongsinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipka ucapan hari lahir malah turut mendoakan agar penyanyi lagu s4kititu sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram Achey Bocey

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Sorry Sebab Tak Pakai Baju, Tak Boleh Banyak Gerak,” – Terlibat Kem4langan, Hafizh Syarin Sempat Titip Ucapan Hari Lahir Buat Achey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*