“Ini amanah saya sebagai satu-satunya anak lelaki” – Lelaki ini sempat dukung ibunya keluar dari kereta sebelum nikah buat kan warganet seb4k

“SAYA sebak dan terharu waktu itu kerana tak sangka Allah masih beri peluang dengan memanjangkan umur mama untuk melihat detik akad nikah saya.

“Sebelum ini, doktor beritahu mungkin mama tidak dapat diselamatkan, tetapi saya bersyukur Allah beri kekuatan untuk mama melawan peny4kitnya dan berpeluang berkongsi detik istimewa hari bahagia saya,” kata Mohamad Karami Mat Izam.

Pengorbanan dan kasih sayang Mohamad Karami, 23, terhadap ibunya, Heryalti Tayalis, 53, dikongsikan jurugambar perkahwinan, Mohamad Amirul Haziq, 26, Facebook Seniman V1sual, semalam.

Beberapa gambar dirakam Mohamad Amirul ketika majlis akad nikah Mohamad Karami dan pasangannya, Nadia syafiqah Hamzah, 19, berlangsung di sebuah masjid di Damansara Damai, 8 Ogos lalu.

Gambar detik Mohamad Karami mendukung ibunya keluar dari sebuah kenderaan selain mencivm tangan wanita berkerusi roda itu amat menyentuh hati dan mengvndang seb4k warganet.

Mohamad Karami, 23, berkata, detik berkenaan bukan gimik sebaliknya ia sememangnya rutin hariannya yang menggalas tugas menjaga ibunya sejak Januari lalu.

“Memang sudah menjadi rutin ke mana-mana termasuk membuat r4watansusulan di h0spital, saya akan mendukung mama kerana dia tidak boleh berjalan akibat terjatuh pada Oktober lalu yang menyebabkan pend4rahan pada otak kanan.

“Bagi saya mama keutamaan dan perma1suri hati saya, sebab itu saya sanggup berhenti kerja Januari lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia bersyukur detik berkenaan sempat dirakamkan Mohamad Amirul yang juga rakannya untuk simpanan kenangan sempena hari bahagianya.

“Detik saya menangis selepas akad nikah antara yang tidak dapat saya lupakan apabila kadi itu memberi khutbah mengenai memuliakan orang tua.

“Katanya, kita ini hebat dan disanjung sebab ada ibu ayah kita. Kata-kata itu membuatkan ego saya jatuh dan mata saya berkaca-kaca.

“Detik itu bertambah syahdu apabila mama menangis dan pelvk saya erat lama selepas akad nikah apabila saya meminta ampun dan berterima kasih kerana dia tengok majlis saya walaupun masih belum sembuh sepenuhnya,” katanya.

Mohamad Karami yang menetap di Jeram, Kuala Selangor berkata, dia masih menggalas amanah menjaga ibu dan bapanya sambil memandu e-hailing secara sambilan.

“Ini amanah saya sebagai satu-satunya anak lelaki memandangkan kakak saya pun sudah berkahwin dan mengikut suaminya, di Senawang.

“Saya akan menjaga kedua-duanya sampai bila-bila selagi mana termampu dan saya berharap semoga ini menjadi inspirasi semua anak di luar sana supaya menjaga ibu bapa selagi mereka masih hidup,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Amirul berkata, gambar berkenaan mengvndang seb4k kepadanya kerana memiliki nilai sentuhan kemanusiaan dan cerita tersendiri mengenai keagungan kasih sayang dua beranak.

“Tindakan merakam detik itu tidak dirancang. Saya pun tidak tahu ibu dia dalam keadaan macam itu. Pada hari kejadian, saya memang bertugas merakamkan pengantin lelaki dan tiba-tiba Mohamad Karami berlari ke arah kenderaan itu sebelum mendukung ibunya.

“Apabila saya nampak detik itu, saya tidak lepaskan peluang merakamkan detik penuh bermakna itu kerana saya melihat ia ada sentuhan dan ceritanya yang boleh dijadikan kenangan untuk mereka sekeluarga.

“Secara jujurnya, selama lapan tahun saya berkecimpung dalam bidang ini, inilah majlis akad nikah yang paling seb4k pernah saya rakamkan, malah mereka yang hadir majlis itu juga turut mengalirkan air mata melihat kasih sayang dua beranak itu,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Kisah Benar

Be the first to comment on "“Ini amanah saya sebagai satu-satunya anak lelaki” – Lelaki ini sempat dukung ibunya keluar dari kereta sebelum nikah buat kan warganet seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*