Balu pelawak Allahy4rham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali, meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak yang mend4kwa dirinya seolah-olah tidak pernah bersedih dengan pem3rgian suaminya.
Begitupun, menurut Hidayah, dia sedikit pun tidak terkesan dengan cakap-cakap belakang yang tidak pernah tahu akan perasaan sebenar yang perlu ditanggungnya selama ini.
“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kematian suami. Tak mengapalah, cakaplah apapun, Allah maha mengetahui segalanya.
“Ingat lagi pesan arw4h suami ‘sayang, biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita, jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita,” luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut, Hidayah memuat naik gambar dirinya bersama anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah menginjak usia setahun.
Jelas Hidayah, mungkin orang di luar sana tidak melihat kesedihan sebenar yang dirasainya kerana hal tersebut tidak pernah ditunjuk.
“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. bersedih (selain takut kerana Allah), tidak diajarkan dalam agama.
“Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk tidak menghiraukan kata-kata negatif dalam kalangan netizen.
“Sabar sahajalah Dayah. Abaikan cakap-cakap negatif tu. Takkan kita nak tunjuk kesedihan kita kepada orang ramai pula kan. Hanya orang yang memahami sahaja yang mengerti,” komen salah seorang netizen.
“Kalau suami dah tak ada kena meratap sampai hujung nyawa ke? Yang bercakap tu jauh dari landasan Islam kot. Sabarlah, Allah lebih mengetahui kedudukan hamba-Nya,” tulis pengikutnya yang lain.
Hidayah kini menjalankan perniagaan termasuklah menjual cempedak goreng sebagai salah satu punca pendapatannya untuk meneruskan kehidupan selepas pem3rgian Abam.
Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Abam pada Disember 2017.
Begitupun, pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, men1nggal dunia di kediamannya di Gombak akib4t dem4m panas.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Balu Abam Bocey Dikatakan Tak Sedih Dengan Kem4tian Suami"