Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sekali Lagi Bakal Terima Bayi Kembar, Kali Ini Sepasang.

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi khabar gembira di Instagram memaklumkan dia sekali lagi bakal menimang cahaya mata kembar.

Tambah menggembirakan, ahli keluarga baru yang bakal dilahirkan nanti dijangka kembar sepasang iaitu lelaki dan perempuan.

Menerusi posting berkenaan, Dr. Muszaphar turut berkongi foto imbasan ultrasound kandungan isterinya, Datin Dr. Halina Yunos.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pic – Antenatal Scan today Alhamdulillah – it’s a pair . A Boy and A girl . Truly excited … Dr Halina is 22 weeks pregnant now . Still a long way to go … Do pray for her well being Everyone . Amiinn …. Love As Always … PS – The twins are laying side by side . 😘

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Pic – Antenatal Scan today. Alhamdulillah – it’s a pair. A Boy and A girl. Truly excited.

“Dr Halina is 22 weeks pregnant now. Still a long way to go. Do pray for her well being everyone. Amiinn. Love As Always.

“PS – The twins are laying side by side,” tulisnya.

Berita gembira tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 47,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan segala urusan Dr. Muszaphar dan isteri dipermudahkan.

Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar via MH

Be the first to comment on "Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sekali Lagi Bakal Terima Bayi Kembar, Kali Ini Sepasang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*