Hael Husaini, Ezra Kong Did4kwa Dah Tak Sebvlu Lagi? Ini Penjelasan Hael…

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini menafikan dakwaan kononnya hubungannya dengan komposer Ezra Kong sebagai rakan kerja sudah bertukar dingin dan sudah tidak sehaluan,
 
Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi, 33, berkata, ia hanyalah satu spekulasi umum sahaja berikutan melihat tiada kerjasama antara mereka berdua lagi pada tahun ini dalam penerbitan lagu.
 
“Sebenarnya kami tiada masalah pun. Bahkan dari awal dulu lagi, saya dan Ezra tak pernah menghalang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak.
 
“Cuma mungkin sekarang apabila lagu-lagu yang saya hasilkan , orang tak nampak Ezra, ingat mereka ini berg4duh ke? Sebenarnya, tak pun,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Hael berkata demikian ketika ditemui sewaktu majlis sidang media program realiti Immortal Songs yang diadakan di Farm Fresh @ Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PC ‘IMMORTAL SONGS MALAYSIA’ @tv3malaysia . Styled by @johankassim . #HaelHusaini #BujangHH #immortalsongsmy

A post shared by HH (@haelhusaini) on

Menurut Hael lagi, sehingga kini, dia masih lagi merujuk kepada Ezra untuk mendapatkan nasihat berhubung penggubahan sesebuah lagu.
 
“Setiap lagu yang saya tak buat dengan Ezra, saya tetap rujuk kepadanya. Jadi, kami memang sentiasa berkongsi.
 

“Lagipun saya masih belajar dan dia pun banyak mengajar saya,” katanya.
 
Jelas Hael lagi, dia juga sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Ezra jika diberikan peluang pada masa akan datang.
 
Terdahulu, difahamkan ada pihak yang mendakwa kononnya gandingan komposer yang sering dilihat bersama dalam penghasilan sesebuah naskhah itu sudah tidak sehaluan.
 
Antara lagu yang dihasilkan tanpa kehadiran Ezra ialah Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan single terbaharunya, Bujang.
 
Manakala Ezra pula dilihat menghasilkan lagu AEWO nyanyian Shiha Zikir dan Gila (Kaka Azraff)  tanpa gandingan bersama Hael.
 
Sebelum ini, Hael dan Ezra banyak menghasilkan lagu bersama antaranya, Hajat, Jampi, Anta Permana, Haram dan Canggung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Hael Husaini, Ezra Kong Did4kwa Dah Tak Sebvlu Lagi? Ini Penjelasan Hael…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*