“Keputusan Cov1d negatif!” – Kec0h! Menteri Ditvduh Tak Kuarantin Diri Lepas Pulang Dari Turki

Kalau dulu kecoh tentang 1su kluster kayangan yang tak reti kuarantin diri selepas pulang dari luar negara, semalam meletvp pulak berita mengenai seorang menteri katanya tidak menjalani tempoh kuarantin wajib selepas pulang dari lawatan luar negara pada bulan lepas.

Menurut Malaysiakini, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok semalam telah mend4kwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) C0v1d 19 selepas pulang dari lawatan ke Turki. 

Kata Teresa, Mohd Khairuddin Aman Razali telah berkunjung ke Turki pada awal Julai namun tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang ke negara ini.

“Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 haribulan dia datang ke parlimen.

“Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang).

“Sekarang ni ada menteri kabinet tak ikut (peraturan yang ditetapkan),” katanya semasa berucap di Dewan Rakyat.

Keputusan C0v1d 19 negatif! 

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro hari ini, keputusan C0v1d 19 yang diambil ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dilaporkan negatif. 

Menurut sumber, ujian tersebut diambil semasa beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa 5 jam sebelum didapati negatif.

“Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.

“1su ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat,” kata sumber terbabit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : 

Be the first to comment on "“Keputusan Cov1d negatif!” – Kec0h! Menteri Ditvduh Tak Kuarantin Diri Lepas Pulang Dari Turki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*