“Mak Cik Berumur 72 Tahun, Tapi Ramai Yang Masuk Meminang”, Rupanya Ini Yang Mak Cik Ada

MELAKA – “Tak payah la ( masuk meminang), nanti menyusahkan saya. Orang nak jadikan isteri ke, mak angkat, nenek angkat semua mak cik tak mahu,”.

Itu amaran diberikan Zainab Puteh, 72, kepada sesiapa sahaja yang berhasrat mendampinginya yang mempunyai harta pusaka keluarga berupa sebidang tanah bernilai lebih RM1 juta.

Malah, menurutnya, dia lebih selesa tinggal bersendirian dalam keadaan miskin tanpa menyusahkan mana-mana pihak termasuk ahli keluarga sendiri.

“Bukan tak ada sebelum ini, ada lelaki usia 40-an yang beritahu kawan mak cik dia sukakan mak cik tetapi sampai sekarang mak cik tidak berikan jawapan.

“Kalau sebab nak harta pun, tak kan mak cik nak beri pada orang yang tidak dikenali. Lebih baik mak cik bagi pada adik beradik walaupun geran tanah itu nama mak cik seorang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Khamis lalu melaporkan k3sanggupan seorang warga emas mengetepikan kehidupan mewah dan tinggal dalam keadaan serba daif di rumah atas tanah pusaka peninggalan kedua orang tuanya Jalan Cempaka, Pengkalan Rama Pantai di sini sejak 11 tahun lalu.

Rumah didiami Zainab itu bagaimanapun hanyalah sebuah pondok daif yang sebahagiannya tidak berbumbung serta berdindingkan zink dan kanvas.

Pondok di atas tanah berkeluasan 0.4 hektar itu terletak hanya kurang tiga kilometer dari pusat bandar Melaka serta bersebelahan dengan sebuah pusat beli-belah terkemuka.

Mengulas lanjut Zainab berkata, jika ada mereka yang ikhlas mahu menjadi peneman hidupnya, lelaki terbabit tidak seharusnya memikirkan harta.

“Kalau mak cik banyak harta pun, pedulikanlah sebab memang isteri ini kalau ada banyak harta bila kahwin satu pertiga adalah hak suami.

“Jadi tak perlu fikir sangat untuk minta nakkan harta tu. Sekarang ini hidup mak cik tenang tak perlu g4nggu orang cukuplah dapat beri kucing makan, solat dan tidur,” katanya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : kosmo

Be the first to comment on "“Mak Cik Berumur 72 Tahun, Tapi Ramai Yang Masuk Meminang”, Rupanya Ini Yang Mak Cik Ada"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*