[Video] Cikgu ni Sengaja Tanya Sekali Lagi Sebab Nak Rakam, Dan Ibu Budak ni Sendiri Tularkan, Apa pun Niat Tak Menghalalkan Cara

Sudah menjadi ‘trend‘ pada hari ini, asal ada perkara yang dianggap menarik, mesti akan dirakam kemudian ditularkan ke media sosial.

Tambahan pula, kewujudan pelbagai aplikasi seperti TikTok, Instagram dan sebagainya yang rancak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini menambahkan lagi ‘keinginan’ mereka untuk masing-masing menjadi terkenal di dalam skrin.

Namun, di sebalik rasa gembira membuat sesuatu perkara yang tular, kadangkala kita terlupa bahawa perlakuan itu sungguh meng4ibkan.

Apatah lagi jika melibatkan individu lain.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang anak murid menjawab persoalan cikgu di dalam kelas tentang ayah masak apa di rumah.

Tanpa berfikir panjang, seorang murid ini menjawab dengan jelas, “Ayah saya masak ketum,”.

Mungkin jawapan tersebut nampak kelakar.

Maka video tersebut tular dan menjadi tontonan umum oleh ribuan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, tanpa disedari perakam tersebut, video berkenaan yang menjadi tular dikatakan merupakan satu bentuk pembvlian siber.

Dan boleh memudaratkan kanak-kanak berkenaan.

Ikuti pandangan dan ulasan yang dikemukakan oleh individu yang terkenal dengan nama ‘tukang ceramah budak sekolah‘, saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi di bawah ini.

Ada followers share pada saya video ini.

Cikgu ini bertanya, siapa di sini ayah masak di rumah. Maka, gadis kecil ini angkatlah tangan dan menjawab,

“Ayah saya masak ketum.”

Guru berkenaan menahan tawa. Murid lain di dalam kelas gelak besar.

Sedih saya.

Bukan sedih dengan jawapan kanak-kanak itu, tapi sedih mengenangkan sikap guru berkenaan yang merakam video hingga ia tersebar di media sosial.

Ini satu bentuk pembvlian!
Mana etika anda sebagai seorang guru?

Tak fikir ke kesan jangka pendek dan panjang kepada anak ini?

Kawan budak ini akan mengata. Ej3k setiap hari. Pembvlian berlaku, lagi dan lagi.

Netizen lagilah, macam-macam komen dah ada.

Fikirlah panjang sikit. Anda seorang guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid!

Saya harap pihak Kementerian Pendidikan ambil tindakan.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Saya yakin majoriti cikgu yang lain tak bersetuju, sedih dan marah akan 1su ini.

Jangan kerana tindakan guru ini, habis dikec4m cikgu yang lain.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Kesiannya ank ni…dia sendiri tak tahu air ketum tu apa…sebab tu dia rasa bapanya memang rajin masak…

Cikgu sepatutnya tak perlu guna hp waktu belajar…mana etika sebagai guru
Sedih tengok keadaan ank ni…

Semoga ank ni berjaya menjadi ank yang solehah…amin

“cikgu zmn sekarang..klau dulu nak tgk cg pgg phone dlm kelas ckup susah..

Semua fokus nak didik ank murid smpai berjaya

“Zaman skarng biasa la amik video pastu sebar..mngkin cikgu tu x berniat nk malukan..

Mngkin cuma x trfikir apa kesannya pda budak tu.. knp plak nk malu ayah rebus ketum?

Bdak2 umur cmikn jjur..mne pndai nk mnipu… Jgn kec4m sgt.. stiap mnusia ada wt silap dan stiap mnusia juga boleh menegur…

Cikgu tu pun berbakti pada ank murid..ingt tu..

Video: Admin terpaksa sorokkan muka murid tu

“Cikgu xdak etika dan g1la glamour rakam hal yg xsepatutnya, minda cikgu juga setaraf murid dia habis laaa gitu sadisss”

“Tak semua benda boleh buat main2……..so tak yah kita nak kalut soal vedio tu….

Budak2 skrg pandai sbb berkawan ramai… Mungkin ayat budak ni spontan je…”

“SepatutNya tak perlu viral. Ini menjatuhkan meruah budak tu, dia akan rasa di gangu emosi/ oleh kwn2 budak yg nakal.

Hal ini akan membuat budak tu akan tertekan. Cikgu tu boleh kena saman menjatuhkan meruah budak tu dan keluarga.

Kalau ya pun masak ketum tu utk kesihatan. Nak ckap apa?”

“Aq tak tahu la mcm mana orang yg tak ada adab , tak amanah mcm ni bole jadi seorang cikgu , seorang pendidik .

Makan duit haram jea la tiap bulan kau dpt gaji cikgu , buat semata sbb hujung bulan jea kau tau gaji masuk .

Langsung tak tkde keikhlasan ketika mendidik. “

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : http://gstv.vip/

Be the first to comment on "[Video] Cikgu ni Sengaja Tanya Sekali Lagi Sebab Nak Rakam, Dan Ibu Budak ni Sendiri Tularkan, Apa pun Niat Tak Menghalalkan Cara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*