Pakcik Gelang Pink Dipukvl Dengan Jemaah Masjid? Ini Pended4han Cerita Sebenar Mengejutkan Ramai Pihak

Niat asal seorang warga emas yang ingin membuat laporan polis bertukar malang hari ini setelah berlaku salah faham sehingga dibawa ke hospital menaiki ambulans kerana disyaki pes4kit Cov-19.

Semua salah faham ini gara-gara gelang berwarna merah jambu dari hospital yang dipakainya dan ketika berada di Balai Polis Sentul, di Kuala Lumpur warga emas itu berkata dia batuk serta s3sak nafas.

Warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Razak itu menjelaskan gelang berwarna merah jambu tersebut sememangnya dari h0spital namun bukan kerana dia dij4ngkiti Cov-19.

”Saya masuk hospital enam hari sebab sesak nafas, m4salah j4ntung. Semalam baru keluar.

“Lupa nak tanggalkan gelang hospital itu (gelang merah jambu),” katanya yang berasal dari Segambut itu.

Pada awalnya, Razak, 80, menjelaskan alasan dia ingin membuat laporan polis kerana berasa ber4ng dengan sikap jemaah masjid di kawasan yang menghalaunya ketika ingin mendirikan solat Asar di rumah ibadat itu atas alasan yang sama.

“Mereka hal4u dan pukvl sebab ingat gelang saya pakai itu Cov-19.

“Saya juga tidak tahu mereka kata apa, sebab tak dengar sangat. Mereka pvkul. Saya marah hendak pergi nak buat laporan polis.

“Tetapi bila sampai (Ibu Pejabat Daerah) Sentul polis pula ingat saya ada Cov19.

“Tak sempat mahu beritahu (saya bukan pes4kit Cov-19) orang hospital datang pakai (PPE) (sut perlindungan diri) kena naik ambulans pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dia yang mengaku terkejut dengan kejadian itu, namun berasa lega setelah pihak hospital mengesahkan dirinya bukan seorang yang dij4ngkiti w4bak tersebut.

“Hospital lepas itu, tahan saya sekejap, tengok rekod baru tahu sebab saya punya gelang,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, selepas salah faham tersebut diselesaikan, dia dijemput oleh anaknya untuk pulang.

“Mereka ambil tag (merah jambu) itu dan kemudian bagi saya balik,” katanya lagi.

Balai kembali operasi 4 petang tadi

Salah faham tersebut turut menyebabkan balai polis itu terpaksa ditutup sementara waktu bagi menunggu keputusan dari pihak ho£pital.

“Atas saranan petugas (h0spital) yang tiba, pihak polis mengambil initiatif untuk tindakan menutup Balai Polis Sentul secara sementara sahaja menunggu keputusan dari pihak Hospital Kuala Lumpur.

“Tindakan sanitasi di sekitar Balai Polis Sentul telah dibuat sejurus itu dan semua petugas tidak dibenarkan keluar dari lokasi sehingga dimaklumkan HKL,” kata Ketua Polis Sentul S Shanmugamoorthy menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Shanmugamoorthy, balai polis itu telah beroperasi seperti biasa jam 4 petang tadi selepas proses sanitasi kedua diadakan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Kisah Benar

Be the first to comment on "Pakcik Gelang Pink Dipukvl Dengan Jemaah Masjid? Ini Pended4han Cerita Sebenar Mengejutkan Ramai Pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*