“Achey ada cara bantu Nor Hidayah balu arw4h Abam!..” – Achey

PELAWAK Achey berkata dia dan Fad sentiasa memberi sokongan dan bantuan sewajarnya kepada balu arw4h Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

Selain kewangan, Achey memberitahu dia turut membantu mempromosikan perniagaan cempedak goreng yang diusahakan oleh Nor Hidayah di Sabak Bernam, Selangor.

“Saya masuk live Instagram dia untuk bantu perniagaannya, memang dahsyat juga perniagaan dia. Tak sedaplah tiap bulan bagi amaun (duit), dia pun buat bisnes kita bantu promosi dari jarak jauh.

“Nak pergi ulang-alik ke Sabak Bernam tu jauh juga… dia masih kuat berdepan ujian ini semua, ” katanya.

Hampir enam bulan pem3rgian suaminya, allahy4rham Abam Bocey, balu arw4h iaitu Siti Nur Hidayah meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mend4kwa dia seolah tidak pernah bersedih di atas kehilangan suami tercinta.

Namun, Hidayah tidak terkesan dengan kata-kata negatif tersebut kerana tiada siapa tahu tentang perasaan sebenar yang perlu ditanggungnya. Malah, dia masih berpegang pesanan suaminya supaya tidak mengendahkan kata-kata orang.

“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kem4tian suami. Tak mengapalah, cakaplah apapun, Allah maha mengetahui segalanya.

“Ingat lagi pesan arw4h suami ‘sayang, biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita, jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita,” luahnya.

Dalam pada itu, Hidayah berkata mungkin orang di luar sana tidak melihat kesedihan sebenar yang dirasainya kerana perkara itu tidak perlu ditayangkan kepada umum.

“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. bersedih (selain takut kerana Allah), tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meningg4l dunia di kediamannya di Gombak akib4t dem4m panas.

Nuridayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah kini berusia 11 bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Achey ada cara bantu Nor Hidayah balu arw4h Abam!..” – Achey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*