Dakwaan Pertunangan Hael Dengan Dayang Nurfaizah Akhirnya Terjawab

 Single terbaharu penyanyi popular Hael Husaini berjudul ‘Bujang’ bagaikan menceritakan pelbagai kisah mengenai dirinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya seolah-olah memberikan petunjuk bahawa tahun 2020 mungkin tahun terakhir Hael berstatus Bujang.

Luahan Hati Hael 

Ketika ditemui, Hael tidak menolak bahawa single Bujang merupakan luahan hati hatinya sendiri selain turut mendedikasikan buat rakan-rakan seperjuangan yang turut bergelar ‘bujang’

“saya suka buat lagu yang berkonsep dan saya buat lagu Bujang sebab saya rasa ramai kawan-kawan saya yang menanti jodoh termasuklah diri saya sendiri.

“Boleh katakan ini adalah luahan hati sebab saya pun masih bujang juga”

Jawab d4kwaan Bertunang 

Menjawab d4kwaan kononnya dia bakal bertunang dengan penyanyi Dayang Nurfaizah, kelihatan Hael sedikit tergamam namun tetap menerima sesiapa sahaja untuk dijadikan calon suri hatinya sekiranya ditakdirkan sebagai jodoh.

“Insyallah jika ada rezeki dengan sesiapa yang sudi, sampailah jodoh saya bertunang,”

“Belum lagi (dah bertunang dengan Dayang). Saya tak nak jawab, no comment. Bahaya soalan ini” jawabnya sambil bersoloh

Sudirman Tiada Pengganti 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PC Anugerah Juara lagu 34. All the best to all! ❤️ . thank you for having us 🙏🏻 . 📸- @aqoimran . #haramhhdn

A post shared by HH (@haelhusaini) on

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya terdahulu mengenai komen peminat terhadap Hael Husaini seperti ‘jelmaan semula’ allahy4rham Datuk Sudirman Hj Arshad, Hael meluahkan rasa terharu mengenai penghargaan tersebut. Namun begitu, Hael berkata pujian tersebut terlalu besar baginya dan tiada individu yang mampu menggantikan tempat allahy4rham.

“Benda itu terlalu besar bagi saya dan saya ambil itu sebagai satu penghargaan untuk diri saya. Tapi untuk meneruskan legasinya, saya rasa tidak akan ada orang yang dapat menggantikan tempatnya. Saya lebih rela menjadi diri saya,” katanya.

baru-baru ini ketika di majlis pelancaran rancangan realiti terbaharu, Immortal Songs di Farm Fresh Serdang. Rancangan ini akan ditayangkan di TV3 bermula 30 Ogos ini. Selain Hael, terdapat lebih dari 40 orang penyanyi akan turut bertanding menyanyikan lagu daripada 7 lagenda muzik tanah air.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Murai.my

Be the first to comment on "Dakwaan Pertunangan Hael Dengan Dayang Nurfaizah Akhirnya Terjawab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*