Perkongsian usahawan kosmetik Nur Sajat di akaun Instagram miliknya baru-baru ini menjadi perhatian apabila memaklumkan kedai emas miliknya di Johor Bahru dir0mpak oleh seorang lelaki pada Jumaat lalu.
Menurut Sajat, kejadian itu berlaku terlalu pantas apabila lelaki tersebut yang berkopiah dan berbaju hitam berjaya melarikan diri selepas mencuba seutas rantai emas. Sajat turut memuat naik video CCTV memaparkan wajah lelaki berkenaan.
Sajat berkata ketika ini ramai yang terdes4k lebih-lebih lagi ramai yang terjejas susulan PKP sehingga sanggup melakukan jen4yah untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Dalam pada itu, Sajat turut menawarkan wang saguhati sebanyak RM1,000 bagi mereka yang dapat memberi maklumat atau mengenalpasti identiti individu berkenaan. Tambah Sajat, ekoran kejadian itu kakitangannya berdepan trauma.
Difahamkan, suspek masih berlegar-legar di kawasan Johor Bahru dan Sajat merayu orang ramai agar memberikan maklumat kepada pihak berkuasa serta menasihatkan kepada peniaga emas diluar sana agar lebih berhati-hati.
“Saya prihatin dalam memberikan maklumat ini supaya peniaga-peniaga lain dan kedai emas di luar sana lebih peka dengan individu ini.
“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap perkara ini, diharap semua dapat memberikan kerjasama dalam membanteras jen4yah. Jenayah membawa pad4h,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "Kedai Emas Dir0mpak, Sajat Tawar Saguhati RM1,000 Kepada Saksi"