Jawapan Balas Man Raja Lawak Selepas Ada Lelaki Tiba-Tiba Cakap Dia Sebenarnya Men1pu Derma 50 Ribu

Kisah Man Raja Lawak berkongsi wang kemenangan ketika menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 berjumlah RM50,000 lima bulan lalu telah mencvri perhatian ramai.

Ketika itu Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim menderma kepada rakyat Malaysia yang berdepan kesempitan hidup akib4t pandemik COV1D-19.

Man mengumumkan menghulurkan sumbangan menerusi laman Instagram (IG) pada 31 Mac lalu selepas terpanggil membantu mereka terputus rezeki dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dianggarkan 70 individu dan keluarga mendapat bantuannya.

Tiba-tiba individu muncul kata Man men1pu

Bagaimanapun, niat baik pelawak, Man Raja Lawak, 43, tiba-tiba disalahertikan dan diragui.

Selepas lima bulan berlalu, timbul pula dakwaan pelawak kelahiran Selayang, Selangor itu men1pu dan bercakap kosong.

Seorang individu mendakwa Man men1pu rakyat Malaysia kononnya memberi bantuan ribuan ringgit semata-mata mahu kelihatan ‘hero’ pada mata masyarakat.

Tuduhan individu berkenaan dikongsi Man dalam entri laman sosial, Instagram (IG), beberapa hari lalu.

Man kemudian mengajak individu berkenaan ke balai polis bagi mengemukakan bukti.

Tidak berakhir di situ, individu terbabit mencabar Man mengemukakan sam4n dan mendakwa mengenalinya dengan rapat.

Juara program Raja Lawak musim kelima itu berkata, dia memaafkan individu menyebarkan ftnah dan mend4kwanya men1pu rakyat Malaysia soal bersedekah.

Katanya, dia enggan memanjangkan isu berkenaan hingga memberi tekanan kepadanya dan keluarga.

” Saya tak mahu 1su ini memberi tekanan pada isteri dan anak kemudian hari.

” Biarlah individu itu menganggap saya menipu dan apa saja, saya maafkan dia.

” Tetapi, jika ada masalah dengan saya, dia boleh berjumpa. Saya takkan marah, sebaliknya akan pelvk dia,” katanya kepada BH Online.

Man berkata, sekiranya membawa tuduhan berkenaan ke pihak berkuasa sekalipun, sukar untuknya mengesan individu berkenaan kerana ramai menggunakan akaun p4lsu.

” Sekarang, ramai meninggalkan komen menggunakan akaun p4lsu, jadi saya malas nak layan.

” Sememangnya, individu meninggalkan komen berkenaan melampau dan berani kerana ini bukan bahan lawak. Apabila difikirkan semula, tiada guna saya melatah.

” Jika dibuktikan sekalipun saya bersedekah, ia bermakna saya mended4hkan maklumat orang yang mendapat sedekah itu.

” Saya enggan ditvduh r1ak. Jadi, biarlah, apa pun orang nak kata.

” Secara jujurnya, kehidupan saya tetap sama selepas menang program MLM 2019.

” Saya tetap naik motosikal kapcai macam dulu, jadi terpulanglah orang nak kata apa,” katanya.

Sementara itu, Man turut meluahkan perasaan kesal apabila penurunan berat badan turut menjadi pertikaian.

Katanya, punca penurunan berat daripada 98 kepada 68 kilogram disebabkan mengambil minuman kesihatan berperisa koko sejak pertengahan Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Jawapan Balas Man Raja Lawak Selepas Ada Lelaki Tiba-Tiba Cakap Dia Sebenarnya Men1pu Derma 50 Ribu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*