Penyanyi Nourul Depp menyifatkan tiada salahnya bagi satu-satu bangsa di negara ini untuk mengayakan pakaian tradisi kaum lain.
Sebaliknya, menurut Nourul hal itu sepatutnya menjadi satu kebanggaan memandangkan kita semua hidup dalam sebuah masyarakat majmuk.
“Soal sari, soal budaya kita kan rakyat Malaysia. Ada tiga bangsa, budaya. Tak salah nak pakai baju bangsa Cina ke India.
“Muhibbah, lagi-lagi bulan Merdeka ini kita kena sedar siapa dan apa itu Malaysia,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Nourul turut memuat naik gambar dirinya dalam persalinan sari yang merupakan pakaian tradisional masyarakat India.
Katanya lagi, pemakaian busana tradisional sesuatu bangsa sepatutnya tidak dijadikan sebagai satu 1su.
“Nak berkel4hi, jangan pakai baju bangsa atau mempermainkan budaya. Pada kami tak ada kena mengena sebab sesama bangsa hormat antara satu sama lain sebab tu pakai,” katanya.
Bahkan, kata Nourul sebagai rakyat Malaysia, dia juga mempunyai koleksi pakaian tradisional kaum lain.
“Di rumah kami ada semua baju budaya. Baju budaya Vosgien laki kami sahaja tak ada.
“Pakai sahaja apapun. Asalkan jangan b0gel dok melilau sana sini.
“Kami suka sari. Dari kecil dah biasa pakai. Kami bukan ke ada darah keturunan India. Jadi, tak salahkan kami memakmurkan lagi asal usul kita,” katanya.
Terdahulu, pelakon Mira Filzah menerima kec4man netizen selepas did4kwa menyalahgunakan pakaian tradisi perkahwinan masyarakat India.
Ia susulan perkongsian Mira menerusi beberapa keping foto dirinya menggayakan persalinan lehenga di Instagram baru-baru ini.
Ekoran d4kwaan ‘cultural appropriation’ oleh sesetengah pihak, Mira kemudian tampil memohon maaf.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“Pakai Je Apapun..Asalkan Jangan B0gel” – Nourul Depp Komen 1su Pakai Baju Tradisi Bangsa"