Gara-gara buat ‘house tour’, rumah besar Ain Edruce viral!

Pelakon, Ain Edruce kelmarin menjadi bualan ramai apabila dia akhirnya memenuhi permintaan peminat untuk melihat segmen house tour kerana sayang dia terhadap followers yang mengikutinya.

Seperti diketahui, Ain Edruce juga merupakan seorang Youtuber yang mempunyai channel Youtube miliknya sendiri dimana dia juga antara selebriti yang turut popular menerusi laman terbabit dengan memiliki lebih 380 ribu subscribers.

Walau bagaimanapun, sebelum berkongsikan di laman Youtube miliknya, Ain Edruce ada juga memuat naik satu rakaman video dilaman Instagram untuk berkongsi kepada followers dan ternyata ramai yang memuji rumahnya yang kelihatan menarik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Disebabkan semua selalu suruh ain buat house tour, this is for you guys! ❤️ Full video youtube ain okay👌🏻👌🏻👌🏻 Have fun watching🌟 @aldofurnitures @cosyforus

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Katanya menerusi Instagram, oleh kerana semua sering meminta agar dia membuat house tour dan kali ini melalui perkongsian dia di Youtube, dia melakukan hal itu buat semua.

Biarpun begitu, Ain Edruce berkongsikan pelbagai bahagian dalam rumahnya yang menarik dan dalam pada masa yang sama, dia memberikan info kenapa dia melakukan dekorasi terbabit.

Dia yang juga dikenali dengan perangai lucu membuatkan warganet juga terhibur dengan gayanya yang bersahaja ketika membuat house tour.

 

 

Menerusi ruangan komen di Youtube, Ain Edruce membuatkan orang ramai teruja melihat rumahnya itu selain memberitahu bahawa rumah terbabit menjadi idaman.

Dalam pada masa yang sama, sikap humble pengacara dan pelakon terkenal itu turut menerima pujian ramai.

“Cantiknya macam my dream house…”

 

 

“First time nampak rumah Youtuber Malaysia…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : HCL/http://trendinggiler.pw/

Be the first to comment on "Gara-gara buat ‘house tour’, rumah besar Ain Edruce viral!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*