Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital kerana str0k

TAN Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke w4d sebuah h0spital swasta di Ipoh, Perak awal pagi Ahad selepas mengalami str0k.

Berita itu disahkan Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin.

Menurut Mohd Akmal, Mufti Perak itu dikejarkan ke h0spital selepas solat Subuh pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diberikan Jabatan Mufti Perak setakat ini, Harussani masih lagi dir4wat di h0spital berkenaan dalam pemantauan rapi.

tan sri dr harussani zakaria: Berita Terkini, Foto, Video mengenai ...

“Saya menyeru seluruh rakyat Perak dan rakyat di seluruh negara mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.

“Kita mengharapkan agar beliau segera sembuh kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan di negeri ini,” katanya.

Mohd Akmal berkata, Harussani memerlukan rehat dan diharap orang ramai teruskan berdoa agar beliau diberikan kesembuhan.

Wabillah: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta ...

Harussani, 81, merupakan seorang tokoh agamawan yang menyandang pelbagai jawatan seperti Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dan sebagainya.

Beliau dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini. – SINAR HARIAN

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital kerana str0k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*