“Ahirnya Terbongkar Punca Sebenar Toyota Vios Lawan Arus”!!

m4lang tidak berbau, seorang penunggang motosikal nyaris m4ut apabila sebuah kereta yang dipandu berlawan arus muncul dari terowong di lorong motosikal dekat lebuh raya.

Menerusi video yang tular di media sosial, penunggang motosikal biru itu cuba mengelak sebelum mer3mpuh tembok di terowong.

Video berdurasi 39 saat yang dipercayai dirakamkan dari topi keledar penunggang motosikal biru itu turut merakamkan seorang penunggang motosikal lain menunggang berlawan arus di hadapan kereta jenis Toyota Vios putih itu.

Turut kelihatan seorang penunggang motosikal yang berhenti di tepi terowong lebih awal sebelum cuba membantu pemuda berkenaan.

Penunggang motosikal cuba mengelak ke tepi laluan motosikal.

Susulan video yang tular sejak Jumaat malam sehingga menimbulkan kemarahan ramai, seorang pemuda yang mend4kwa dirinya sebagai penunggang motosikal yang berlawan arus bersama pemandu kereta Toyota Vios itu tampil memberi penjelasan.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Fahmi Faiz Muhamad Ismadi berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 5 petang Rabu lalu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan berdekatan pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, arah pusat bandar Kuala Lumpur.

Muhammad Fahmi berkata, dia ketika itu dalam perjalanan untuk membuat penghantaran dekat pusat membeli-belah sebelum melihat sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang penumpang wanita terperangkap di laluan motosikal.

Keadaan motosikal m4ngsa yang terbabas.

“Disebabkan laluan sempit, jadi saya suruh dia patah balik untuk keluar ke laluan sebenar di Lebuhraya Persekutuan. Masa tu hujan renyai-renyai dan jalan pun agak licin.

“Saya menunggang motosikal di hadapan kereta tersebut dan beri isyarat kec3masan supaya penunggang motosikal lain berhati-hati. Masa nak masuk terowong tu saya bagi hon, dan ada seorang penunggang motosikal lain berhenti di tepi.

“Tapi abang yang tunggang motosikal biru tu mungkin tak sempat brek hingga langgar tembok dan saya teruskan perjalanan untuk beri amaran kepada penunggang motosikal lain di hadapan,” katanya yang berusia 23 tahun kepada mStar.

Seorang penunggang motosikal lain yang turut berada di lokasi kejadian cuba membantu m4ngsa.

Muhammad Fahmi berkata, jarak dari terowong di lokasi kejadian dan laluan untuk kereta Toyota Vios keluar ke Lebuhraya Persekutuan adalah kira-kira 500 meter.

“Selepas kereta Vios dah selamat masuk Lebuhraya Persekutuan, saya patah balik ke tempat kejadian untuk tengok keadaan abang motosikal biru tu.

“Tapi sebaik sampai, abang tu dah tak ada. Mungkin abang tu meneruskan perjalanan tapi nampak ada kesan motosikal abang tu mungkin bahagian depannya patah,” ujarnya yang mula menjadi penghantar makanan sejak April lalu.

 

Saya minta maaf kerana tidak cekap untuk memberi isyarat yang sempurna. Saya minta maaf kepada abang motor biru sehingga dia terbabas.

MUHAMMAD FAHMI FAIZ

Susulan kejadian itu, pemuda yang berasal dari Tapah, Perak itu memberitahu dia telah membuat laporan polis dan keterangannya telah diambil di Balai Polis Travers di Brickfields, Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu.

Sementara itu, Balai Polis Travers ketika dihubungi mStar mengesahkan menerima laporan tersebut.

Laporan polis yang dibuat oleh Muhammad Fahmi.

Menurut Muhammad Fahmi, dia mengakui tersilap percaturan dalam usahanya untuk membantu pemandu kereta tersebut dan tindakannya itu boleh mengvndang bah4ya.

“Saya minta maaf kerana tidak cekap untuk memberi isyarat yang sempurna. Saya minta maaf kepada abang motor biru sehingga dia terbabas.

“Harap keadaan dia okay dan selamat. Saya dah patah balik tapi abang tu dah beredar. Saya sedia untuk berjumpa dengan abang motor biru dan minta maaf dengannya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Ahirnya Terbongkar Punca Sebenar Toyota Vios Lawan Arus”!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*