Dayah Bakar Ded4h Nama Anak, Achbar Muhammad Fahri – “Nama Pilihan Baba”

Selepas genap tujuh hari kelahiran cahaya mata, pengacara Dayah Bakar mend3dahkan nama anak lelakinya kepada umum yang diberikan sebagai Achbar Muhammad Fahri.

Menurut Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 31, nama tersebut merupakan piihan yang dibuat suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi.

Perkara itu dikongsikan Dayah menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya yang turut menjelaskan maksud di sebalik nama puteranya itu.

“Achbar Muhammad Fahri Bin Muhammad Hanif. Achbar (dihorm4ti), Muhammad (yang terpuji), Fahri (kebanggaanku).

“Nama pilihan baba. Apa baba suka, ibu turutkan. Tapi, nama Fahri itu memang pilihan tepat hati ibulah,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ACHBAR MUHAMMAD FAHRI BIN MUHAMMAD HANIF Achbar = Dihormati Muhammad : Yang terpuji Fahri : Kebanggaanku Nama pilihan Baba . Apa Baba suka , Ibu turutkan 🤍 Tapi, nama Fahri tu memang pilihan tepat hati Ibu la 🥰 Love , Ibu dan Baba Achbar Muhammad Fahri #miniDayaHanif

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on

Dayah memilih hari ketujuh untuk mend3dahkan nama bayinya itu sebagai mengikut saranan yang digalakkan dalam Islam.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pilihan nama anaknya itu yang disifatkan cukup indah.

“Sedapnya nama dia. Unik. Semoga menjadi anak yang soleh untuk orang tua.

“Sungguh indah nama yang diberikan oleh baba,” tulis sebahagian netizen.

Terdahulu, Dayah selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin lalu secara pemb3dahan.

Dayah terpaksa bersalin tanpa kehadiran suami di sisi berikutan Hanif yang merupakan pegawai tentera kini masih lagi terpaksa bertugas di Australia.

Dayah mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada Jun 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Dayah Bakar Ded4h Nama Anak, Achbar Muhammad Fahri – “Nama Pilihan Baba”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*