“Tak cantik takpe yang penting beradab” – Selamba M4ki Anakanda Agong di Twitter, Netizen Puji Sikap Tengku Jihan Sopan Ucap ‘Maaf’

Inilah yang orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata… haa menjawablah dengan polis kelak. 

Baru-baru ini, viral di Twitter apabila seorang netizen dengan selamba telah mengeluarkan kata-kata kes4t terhadap anakanda Yang di-Pertuan Agong, YAM Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. 

Menerusi tweet yang telah dikongsikan oleh Tengku Jihan sendiri, netizen terbabit menuduh Tengku Jihan serta adik beradik baginda tidak memakai pelitup muka ketika melawat ke Pusat Sains Negara tempoh hari. 

Walau bagaimanapun, Tengku Jihan menafikan hal tersebut dan mengaku mereka memakai mask pada hari tersebut.

Sebaik perkara tersebut viral, individu terbabit telah memadam tweet itu daripada media sosial. Opss! 

“Tengok bahasa yang dia gunakan. Then tengok reply dari tengku” 

Rata-rata netizen yang mengikuti tweet Tengku Jihan memuji sikap baginda yang sangat bersopan santun walaupun berdepan dengan individu yang menuduh tanpa usul periksa serta mengeluarkan kata-kata kes4t kepadanya. Tengku Jihan siap ucap maaf lagi tau!

“Boleh dah pack baju” 

Harap-harap netizen kat luar sana ambillah pengajaran daripada kejadian ini. Janganlah kita sesuka hati menvduh tanpa usul periksa dan yang paling penting jaga tutur kata. Tak kisahlah dengan orang ternama ataupun sesiapa. Budi bahasa budaya kita. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : 

Be the first to comment on "“Tak cantik takpe yang penting beradab” – Selamba M4ki Anakanda Agong di Twitter, Netizen Puji Sikap Tengku Jihan Sopan Ucap ‘Maaf’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*