Tersilap Pilih Suami. Warganet Tergamam Dengan Pengakuan Wany Hasrita Kata Semuanya Berakhir. Tak Sangka Ini Rupa Rupanya Yang Berlaku Pada Dirinya

Penyanyi Wany Hasrita berkongsi langkah yang diambil untuk meneruskan kehidupan selepas mengharungi fasa putus cinta. Kata Wany, dia tidak lagi mengikuti individu tersebut di media sosial. “Saya akan ‘unfollow’ dia di media sosial sebab dekat situ akan nampak setiap aktiviti yang dikongsikan.

“Sedih memang sedih. Tapi selepas sebulan saya akan okey dan meneruskan kehidupan macam biasa,” katanya. Dalam pada itu, pelantun lagu Terlalu Memuja menyatakan perkahwinan adalah sebuah perkara yang perlu dititikberatkan.

“Kahwin tu bukan benda kecil. Untuk golongan wanita dia adalah isu yang besar. Sebab bila dah kahwin, dia akan jadi hak suami sepenuhnya. Bagi saya, perempuan yang paling malang adalah bila dia tersalah pilih suami. Jadi bila tersalah pilih suami semuanya berakhir,” katanya lagi.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah program gaya hidup, Trek Selebriti yang dimuat naik di Youtube Kaki Sembang Studios. Trek Selebriti yang dihoskan oleh Alif Farhan itu ditayangkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria ​(123).

Sumber : GEMPAK

Artikel sebelum : Tak Sangka Wany Hasrita Pernah Gagal Dalam Percintaan. Ini Perkongsian Dari Wany Untuk Maju Kehadapan Selepas Putus Cinta. Wany positif saja.
GAGAL membawa pulang sebarang trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32) lalu bukan sesuatu yang perlu ditangisi. Sebaliknya, bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita menganggap ia bukan rezeki.

Paling penting bagi Wani, 27, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah adalah perlu sentiasa positif kerana ia kunci kepada kebahagiaan. “Menang atau kalah adat pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain. Mungkin tahun depan rezeki saya semula.

“Mungkin juga tahun ini tak menang sebab ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah. Saya percaya, Tuhan ambil sesuatu sebab nak bagi lebih baik, jadi saya positif saja. “Kalau kita macam ini, pasti akan berasa bahagia saja. Jangan terlalu difikirkan kekalahan. Sebaiknya kita jalani kerja dan rutin harian seperti biasa,” katanya.

Wany yang kini muncul dengan single Belenggu Rindu bersama Datuk Jamal Abdillah berkata, dia tidak meletakkan sebarang harapan ketika menghadiri acara itu. Menurut Wany, dia tidak mahu lagi kecewa sekiranya tewas seperti yang dilalui pada beberapa acara sebelum ini.

“Saya datang untuk bergembira dan menikmati persembahan. Sebab saya pernah letak harapan tapi tak dapat apa-apa. Jadi, memang sedih. “Jadi, bermula tahun lepas saya sudah tidak letakkan harapan. Tapi, alhamdulillah, rezeki saya menang. Tahun ini pun saya buat cara sama. Apabila tak menang, tak rasa apa-apa.

“Insya-Allah, tahun depan pun cara sama dan kalau boleh sampai bila-bila,” katanya. Mengulas mengenai kemenangan Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular, Wany menyifatkan pelakon drama Sweet Dreams itu layak. “Mira layak menang sebab nampak dia banyak produk drama dan filem selain mengacara. Lagipun, setiap orang Tuhan dah tetapkan rezeki dan ini rezeki dia.

“Terima kasih peminat, saya tak dapat balas apa yang anda buat. Macam biasa, ada yang tak tidur sebab undi. Tapi rezeki tak menyebelahi kita. Tak apa, nanti kita cuba lagi,” katanya. Ditanya adakah selepas ini dia akan mengatur strategi baru dengan terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan secara serius, Wany berkata, dia mahu fokus kepada nyanyian saja.

“Susah juga peminat nak kena undi banyak. Tapi tengok kalau ada rezeki. Sekarang ini saya memang nak memberi fokus menyanyi dulu. Menyanyi pun saya masih perlu belajar banyak perkara. “Kalau ada rezeki lain, kita cuba. Tapi kalau boleh tak nak tambah. Saya buat apa yang termampu,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : myMetro

‘Berkawan dengan seseorang’
SEJAK di awal kemunculan sehingga usia mencecah 28 tahun, penyanyi popular Wany Hasrita tidak pernah lekang daripada terus diajukan soalan mengenai kekasih hati. Walaupun sebelum ini Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki, Wany bijak menyangkal gosip itu.

Namun, tahun 2020 ini menyaksikan Wany yang popular menerusi lagu Belenggu Rindu duet bersama Datuk Jamal Abdillah terbuka berbicara soal jodoh dan pasangan hidup. Walaupun tidak berkongsi lanjut mengenai perkara itu, perkongsian Wany sedikit sebanyak menggembirakan peminat.

“Bercinta sudah lama. Apa boleh dikatakan, saya memang sedang berkawan dengan seseorang,” katanya ringkas. Ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin, Wany menyasarkan awal tahun depan. “Soal kahwin, ini semua jodoh ditentukan Allah SWT. Saya hanya doa yang terbaik. Kalau ikut perancangan mungkin awal tahun 2021. Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai kerjaya dan pencapaian sepanjang tahun lalu, Wany berkata, impian untuk membawa ibu menunaikan umrah dan membeli rumah belum tercapai. “Matlamat dan azam saya tahun lalu adalah untuk membawa ibu pergi umrah dan membeli rumah. Tapi, kedua-dua itu tak kesampaian lagi.

“Alhamdulillah, kedua-duanya saya bawa ke tahun ini. Sekarang saya dalam proses urusan pinjaman rumah. Ketika ini juga saya, ibu dan keluarga sudah berada di Makkah,” katanya yang berangkat mengerjakan umrah, Isnin lalu.

“Dari segi kerjaya pula, saya sangat berpuas hati. Dalam masa sama, lagu Terlalu Memuja dapat mengembalikan aura Menahan Rindu. Walaupun Menahan Rindu orang masih ingat, tapi semuanya okay. “Saya juga berpeluang dapat bekerjasama dengan Datuk Jamal yang juga penyanyi kegemaran dan idola. Jadi, sangat bersyukur dan banyak dapat ilmu daripadanya,” katanya.

Mengenai kerjaya tahun ini, Wany berkongsi bakal muncul dengan single baru hasil ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini. Menurut Wany, lagu itu jauh berbeza dengan semua lagu sebelumnya sekali gus membuktikan dirinya berani keluar dari zon selesa.

“Saya ada lagu baru ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini. Lagu ini memang keluar sikit dari kepompong muzik balada. Ia ‘catchy’ dan rancak. “Saya sudah pun ambil langkah berani dan lagu terbaru ini memang lain. Saya juga merancang untuk merakamkan muzik video yang lebih eksotik dan ‘daring’ sikit dari biasa,” katanya.

Selain itu, Wany berkongsi rasa teruja apabila buat pertama kali terbabit dalam program Misi Kemanusiaan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO). “Saya tidak menjangka dapat bekerjasama dengan mereka. Memang sudah lama saya nak buat. Cuma terlambat mengenali mereka dan terlambat untuk menyertai misi kemanusiaan ini.

“Jadi, saya harap dapat buat terbaik dan banyak lagi ilmu perlu ditimba. Apatah lagi ini kali pertama bekerja dengan NGO. Harap semuanya mencukupi. Insya-Allah, bulan April ini kami akan ke kem pelarian untuk memberikan sumbangan. Ini juga pertama kali buat saya. Harap semuanya dipermudahkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : transformasipw

Be the first to comment on "Tersilap Pilih Suami. Warganet Tergamam Dengan Pengakuan Wany Hasrita Kata Semuanya Berakhir. Tak Sangka Ini Rupa Rupanya Yang Berlaku Pada Dirinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*