[VIDEO] Mesin Imbas Suhu Berbunyi Tapi Tiada Orang, “M4khluk Gh4ib Pun Patuh SOP”

Salah satu benda wajib ada di depan premis hari ini adalah mesin pengimbas suhu. Digunakan untuk mengimbas suhu pelanggan yang datang berkunjung, ia adalah salah satu benda yang perlu ada mematuhi arahan dan saranan kerajaan bagi mengekang penul4ran Cov1d-19.

Kebiasaannya ia akan berbunyi bila digunakan untuk imbas suhu pelanggan atau pengunjung. Namun lain pula halnya yang jadi dalam satu perkongsian video di TikTok ini. Dalam rakaman tersebut kelihatan mesin imbas suhu berbunyi, tapi tiada orang di depannya.

Lebih hairan lagi bukan sekali ia berbunyi, malah tiga kali! Sudahlah dalam rakaman tersebut kejadian itu berlaku pada waktu malam. Berikut adalah video mesin imbas suhu berbunyi sendiri ini:

Rakaman yang menjadi tanda tanya ini dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @cheqna57. Ia telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan 89 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Hantu pon ikut SOP tau…Kenapa la manusia degil sangat nak scan suhu”

“Aku pernah kena…Mula2 ingat kena kacau, rupanya lalat dok kat sensor tu”

“Syak hantu ni dah bosan dengan perangai orang atas. Nak ganggu orang memalam tak boleh semua duduk rumah dah”

Sumber : cheqna57

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Mesin Imbas Suhu Berbunyi Tapi Tiada Orang, “M4khluk Gh4ib Pun Patuh SOP”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*