Tunai Haji Bersama Suami, Ini Luahan Datin Seri Heliza Helmi Buat Ramai Seb4k

Penyanyi Datin Seri Nur Heliza Helmi memaklumkan dia sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Heliza berkongsi khabar berita itu bersama lampiran foto sebelum berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Di dalam titipannya, Heliza sekeluarga memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan yang pernah dilakukan.

Selain itu, penyanyi berusia 36 tahun ini juga memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan.,

“Labbaikallahumma Labbaik. Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik. Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalakalah.

“Aku memenuhi panggilanMu ya Allah, aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu.

“Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada k3$alahan, k3$ilapan, kekurangan, kekh1lafan, kecvaian dan apa apa sahaja, mohon ampun dan maaf.

“Doakan kami semua. Doakan agar semua jemaah mendapat Haji Mabrur Kami juga mendoakan kalian dijemput menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Aamiin,” tulisnya.

Imbas kembali, Heliza begelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada tanggal 1 Januari lalu.

Komen Netizen:

 

 

Foto: Instagram Heliza Helmi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : MH

Be the first to comment on "Tunai Haji Bersama Suami, Ini Luahan Datin Seri Heliza Helmi Buat Ramai Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*