Personaliti media sosial yang berjaya iaitu Alieff Irfan atau nama sebenar Mohd Alieff Irfan Aziki menganggap rezeki yang diperolehnya selama ini adalah hasil usaha dirinya selama beberapa tahun menjadi You Tuber.
Impian Alieff untuk memandu dan memiliki sebuah kereta mewah iaitu Mclaren 720s akhirnya menjadi kenyataan apabila Alieff berjaya mendapatkan kereta tersebut setelah banyak rintangan yang dihadapi.
Sebuah rakaman video telah dimuatnaik di media sosial milik Alieff dan juga isterinya iaitu detik-detik apabila Alieff melihat sendiri kereta idaman yang telah menjadi miliknya itu setelah berdepan beberapa faktor kelewatan.
Menurut Alieff Irfan, kereta tersebut sepatutnya boleh dikeluarkan sebelum sambutan Hari Raya yang lepas tetapi tidak mengapa menurutnya kerana dia boleh memiliki kereta itu sebelum Raya Haji yang bakal disambut pada beberapa hari lagi.
@irfxn__ Alhamdulillah Akhirnya #mclaren720s ♬ original sound – Alieff Irfan
Menjengah ke ruangan komen pula ramai yang mengucapkan tahniah kepada Alieff dan isterinya dan mendoakan semoga mereka suami isteri dikurniakan rezeki yang melimpah ruah lagi.
Komen Netizen:
Sumber : Tiktok irfxn__
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : sinarviral
Be the first to comment on "“Hasil penat lelah bersama” – akhirnya Alieff Irfan dapat beli ‘sportcar’ mewah"