Angan-angan sejak kecil… Remaja lelaki yakin gayakan tuksedo penuh labuci dengan skirt untuk acara sekolah

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun mencvri tumpuan ramai selepas tiba di majlis prom sekolahnya dengan memakai tuksedo berlabuci dan skirt labuh paras lantai.

Dia disambut dengan sorakan murid-murid dan guru-guru apabila tiba dalam persalinan rona merah itu ke sekolahnya yang terletak di Harleston, Norfolk.

Korben Green memukau dunia media sosial apabila ibunya Nina berkongsi foto pakaian itu menerusi Twitter awal bulan ini.

Sejak dikongsi pada 1 Julai, ciapan foto itu mendapat lebih 120,000 tanda suka dan 3,700 ulang ciap.

“Pada usia 12 tahun anak saya mengumumkan dia mahu pergi ke prom sekolahnya dengan memakai gaun. Empat tahun kemudian kami berjaya melakukannya.

“Saya sangat berbangga dengan dia kerana jujur ​​pada dirinya sendiri dan sambutan yang dia terima di seluruh sekolahnya adalah luar biasa,” tulis ibunya. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Angan-angan sejak kecil… Remaja lelaki yakin gayakan tuksedo penuh labuci dengan skirt untuk acara sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*